Followers

Wednesday 27 July 2011

RENUNGAN RAMADHAN...



RENUNGAN RAMADHAN 


Ke Arah  Ramadhan Yang Lebih Bermakna 
        Dr. Hj. Omar bin Yaakob 


…cebisan tazkirah menyelami rahsia Ramadhan 
untuk bacaan setiap malam  … 2
Renungan Ramadhan– Muqaddimah 
Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan.  Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya 
maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.  
Umumnya Ramadhan disambut meriah di Malaysia.  Masjid dan surau akan dibanjiri 
oleh jemaah yang bersolat terawih. Untuk menambahkan manfaat dari perhimpunan 
jemaah setiap malam, ada masjid dan surau yang mengadakan majlis renungan atau 
ceramah pendek atau tafsir pendek.  Ini merupakan satu  amalan yang baik kerana ia akan 
menjadikan majlis solat terawih sebagai satu medan bukan sahaja untuk beribadat bahkan 
juga medan untuk berkongsi Ilmu  dan ingat memperingati.  Sesuai dengan firman Allah  
bermaksud: 
 “ Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat 
kepada orang-orang  yang beriman” 
            (Surah Azzariyat: 57) 


Dan firman-Nya lagi: 
“Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali 
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan 
kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”. 
 (Surah Al-Asr: 1-3) 


Walaupun begitu, di sana terdapat masalah dari segi kurangnya sumber untuk renungan.   
Risalah kecil ini salah satu usaha kerdil untuk  memenuhi hasrat ini.  Cebisan-cebisan 
renungan ini cuba merangkumi  pelbagai aspek dari penghayatan Ramadhan.  Seberapa 
daya, kami berusaha memastikan kenyataan yang dibuat disertakan dengan hujjah dan 
dalil yang  terbukti kuat dan dinyatakan sumbernya yang sah. 
Semoga risalah ini dapat membantu kita  dalam mengharungi lautan keberkatan dan 
rahmah Allah di bulan Ramadhan. 
AlFaqir Ilallah, 
Omar Yaakob 
Johor Bahru 3


Renungan Ramadhan 1  
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya, kita dipanjangkan 
usia untuk berada di awal Ramadhan.  Inilah yang sering kita doakan : 
“ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan 
Ramadhan.” 
Kita juga bersyukur kerana malam ini kita dapat bersama dalam majlis solat terawih, 
salah satu sunnah yang amat diberatkan di bulan Ramadhan.  Semoga Allah 
memanjangkan umur kita bagi memperoleh segala keberkatan Ramadhan dan 
mengekalkan kita dengan iltizam dan komitment kepada solat terawih. 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Rasulullah (saw)  diriwayatkan  sebagai bersabda  ketika menjelang Ramadhan 
bermaksud: 
“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan  ke 
atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan 
ditambat para syaitan,  Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan.  
Sesiapa yang tidak  berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia 
rugi.”   
(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai) 
Demikian bunyi pengumuman yang dibuat oleh Rasulullah (saw) setiap menjelangnya 
Ramadhan. 
Pengumuman ini membayangkan bahawa kedatangan Ramadhan adalah satu peristiwa 
yang amat bermakna bagi mukmin.  Puasa pada siang harinya adalah salah satu syi’arnya 
yang penting.   Tetapi bukan itu sahaja yang terdapat di bulan ini.  Adalah rugi kiranya 
kita terlepas dari mendapat manfaat dan keberkatan lain yang begitu banyak di dalamnya. 
Rasullullah (saw)  menegaskan bahawa Ramadhan bukan sahaja bulan kita berpuasa 
tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal  begitu luas 
terbentang,  jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah 
dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang  tiada-tolok bandingnya. 
Nah.. jika  begitu.  Kita tanyakan diri kita pada malam pertama ini.  Mahukah kita 
menerima tawaran dan pemberian Allah ini?  Mahukah kita menjadi hamba-Nya yang 
mendapat keberkatan lailatul qadr yang lebih baik dari seribu bulan yang  bersamaan 
lebih 83 tahun.. mungkin  melampaui kadar umur kita?   4
Sebaliknya ingatlah pesanan di hujung hadis  tersebut: 
“Sesiapa yang tidak  berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia 
rugi”. 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Maka pada malam ini,  marilah kita tetapkan niat kita untuk menimba sebanyak mungkin 
keberkatan di bulan Ramadhan.  Pada malam ini,  kita tingkatkan komitment kita untuk  
rakus dan haloba mencari pahala. Malam ini juga kita pasang  janji kita untuk  berlumba 
memanfaatkan masa yang begitu terhad untuk  beramal dan beribadah. Pada malam ini 
kita bulatkan tekad untuk tidak tergolong ke dalam golongan yang rugi. 5
Renungan Ramadhan 2 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Allah swt berfirman, maksudnya: 
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kami berpuasa sebagaimana  
diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa . 
(Surah al-Baqarah: 183) 
Ayat ini merupakan ayat yang menitahkan fardhu puasa pada tahun kedua hijrah.  Di 
samping menyatakan kewajipan puasa, ayat ini juga menyatakan  tujuan dari ibadah 
puasa kita “agar  kamu bertaqwa”.  Darjah taqwa ialah darjah tertinggi yang boleh 
dicapai oleh seorang hamba.  Orang yang bertaqwa dijanjikan surga oleh Allah: 
 “ Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan syurga-syurga  yang 
penuh kenikmatan di sisi Tuhannya” 
(Surah al-Qalam:34) 
 “ Dan bersegeralah kepada keampunan dari Tuhan-mu  dan syurga yang bidangnnya 
seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” 
(Surah ali-Imran: 133) 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Orang-orang yang bertaqwa akan memperolehi hidayah yang Allah turunkan di dalam alQuran: 
 “Alif, Lam, Mim.  Kitab al-Quran ini  tidak ada keraguan di dalamnya petunjuk bagi 
orang-orang yang bertaqwa. “ 
(Surah al-Baqarah: 1-2) 
           
Orang-orang yang bertaqwa bukan sahaja mendapat kejayaan di akhirat bahkan layak 
mendapat bantuan Allah di dunia lagi.  Firman Allah  bermaksud: 
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan 
keluar dan memberinya  rezeki dari arah yang tidak  disangka-sangka.” 
(Surah at-Talaq: 2-3) 
Orang-orang bertaqwa merupakan orang yang paling mulia di sisi Allah: 
“Sesungguhnya orang yang  paling mulia di antara kamu  di sisi Allah ialah orang yang 
bertaqwa dari kalangan kamu” 
(Surah al-Hujurat: 13) 6
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Oleh itu, taqwa adalah darjat yang begitu tinggi, yang melayakkan seseorang menjadi 
orang paling mulia, dijanjikan syurga, diberikan hidayah dan keampunan serta diberikan 
bantuan sejak di dunia lagi. 
Pasti untuk memperolehinya agak sukar. 
Namun kini peluangnya terbuka luas dengan tawaran istimewa dari Allah SWT. 
Janji Allah, jika kita berpuasa dengan sebenar puasa, pasti kita kan mencapai darjat 
taqwa. Marilah sama-sama  kita berdoa dan berusaha untuk memastikan agar puasa kita 
Ramadhan ini mampu melonjakkan kita ke darjat taqwa.  Amin. 7
Renungan Ramadhan 3 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Di antara sunat  puasa  yang sering dipandang  ringan oleh ramai umat Islam kini ialah   
bersahur. Bersabda Nabi (saw): 
“ Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.” 
   (hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Dalam hadis lain, Nabi (saw) bersabda: 
“ Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu 
hanya meneguk air. Kerana Allah dan para Malaikat-Nya akan mengucapkan selawat 
kepada orang-orang yang bersahur”. 
   (hadis Riwayat Ahmad) 
Dan adalah disunatkan kita melewatkan sahur tersebut, seperti dinyatakan oleh ‘Amar bin  
Maimun mengenai para sahabat Nabi (saw): 
“Para sahabat Nabi Muhammad (saw) itu adalah orang-orang yang paling bersegera 
berbukanya dan paling lambat bersahurnya” 
  (Riwayat  Baihaqi) 
Di sana terdapat hikmah dan berkat yang besar dari sahur  dan melewatkannya.  Pertama,  
ia memberi kekuatan kepada yang berpuasa.  Tetapi lebih besar ertinya pada kita ialah 
sahur memberi peluang untuk mendapat ucapan selawat dari Allah dan para malaikat.  
Bukan mudah untuk kita melayakkan diri menerima ucapan selawat daripada Pencipta 
dan Penguasa Alam dan para malaikat-Nya.  Ini merupakan satu  anugerah yang perlu 
direbut oleh setiap insan.  Mengingatkan anugerah ini, pastinya tidak terlalu  sukar untuk 
kita bangun esok pagi untuk bersahur. 
Satu lagi hikmah yang besar dari sahur yang lewat ialah ia akan memastikan kita berjaga 
di penghujung malam menjelang subuh; satu saat yang amat mustajab untuk berdo’a.  
Ambillah peluang bangunnya kita di waktu  sahur untuk menunaikan dua rakaat solat 
tahajjud atau hajat   dan berdo’alah kepada-Nya Yang Maha Mendengar. 
Di samping itu, bangunnya kita untuk bersahur menjelang subuh akan memastikan agar 
kita  dapat solat subuh di awal waktunya; satu amalan yang amat disukai.  Menurut 
sebuah hadis dari Abu Mas’ud al-Ansari: 
“ Bahwa Rasulullah (saw) melakukan solat  subuh di saat kelam pada akhir malam (di 
awal waktu subuh), kemudian pada kali lain  dilakukannya ketika hari mulai terang.  8
Setelah itu solat tetap dilakukannya pada waktu gelap tersebut sehingga beliau wafat, 
dan tidak pernah lagi di waktu hari telah mulai terang.” 
 (riwayat Abu  Daud dan Baihaqi) 
Di samping itu, berkesempatan pula kita bersolat sunat subuh yang disebutkan oleh Nabi 
(saw): 
 “Dua rakaat sunat subuh itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” 
  (hadis Riwayat  Ahmad, Muslim, Tirmidhi dan an-Nisa’i) 
Oleh itu, kita tidak boleh memandang sahur hanya sekadar untuk makan menambah 
tenaga bagi menguatkan badan; mungkin tidak diperlukan jika seseorang merasakan 
dirinya telah kuat.  Tetapi sahur adalah lebih dari itu; ia adalah satu sunnah Nabi, 
melakukannya memberi kita peluang mendapat selawat dari Allah dan para malaikat, 
peluang untuk berdo’a di saat yang mustajab, dapat solat subuh di awal waktu dan dapat 
pula bersolat sunat yang begitu besar ganjarannya. 
Semoga Allah mempermudahkan kita untuk istiqamah di atas  sunnah Nabi-nya. 9
Renungan Ramadhan 4 
Assalamu alaikum warahmatullah, 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Di antara perkara yang menjadi syi’ar dalam bulan Ramadhan ialah solat sunat tarawih 
yang kita hadiri pada malam ini.  Solat  ini sangat besar pahalanya seperti hadis yang 
diriwayatkan oleh  Muslim dari Abu Hurairah r.a. katanya: 
“ Rasulullah (saw) menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadhan, 
tetapi tidak mewajibkannya. Beliau bersabda: “Barangsiapa yang bangun pada malam 
bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunilah 
dosa-dosanya yang telah lalu.”  “ 
Cukuplah bagi kita hadis Nabi (saw) ini untuk menjadi perangsang kepada kita untuk 
solat tarawih.  Baginda menganjurkannya sambil menjanjikan keampunan  dari dosa-dosa 
yang telah lalu.   
Saudara-saudari yang budiman, 
Kita semua orang yang berdosa.. maka  marilah kita merebut peluang untuk mendapatkan 
keampunan bagi dosa-dosa kita.   
Satu perkara yang harus diperhatikan ialah syarat yang diletakkan oleh Nabi (saw) untuk 
mendapat pengampunan dosa yang telah lalu ialah kita bangun bersolat  dengan “imaanan 
wah tisaaban” yang diterjemahkan sebagai kerana “ iman dan mengharapkan keredhaan 
Allah”.  Maknanya kita memastikan ketulusan iman, keikhlasan  niat, penyerahan yang 
redha kepada Allah.  Ia bermakna kita perlu berusaha meningkatkan kualiti tarawih kita.   
Satu perkara yang sering menjadi bahan polemik mengenai tarawih ialah bilangan 
rakaatnya.  Ada pula yang menimbulkan polemik lain; solat berseorangankah yang baik 
atau berjamaah?  Sikap terbaik dalam hal ini ialah kita berlapang dada dengan perbezaan 
pendapat yang wujud ini tanpa  memperkecilkan atau meremehkan salah satu pendapat 
yang lain.  Polemik ini akan tidak berkesudahan kerana masing-masing mempunyai 
kekuatan hujjahnya masing-masing. 
Yang penting, pilihlah satu pendapat yang kita yakini hujjahnya dan berusahalah mencari 
jalan bagi mendapatkan solat tarawih yang paling berkualiti.  Ini mungkin bermakna kita 
akan solat di surau berdekatan rumah kita atau kita terpaksa  bersolat di masjid atau surau 
yang jauh dari rumah kita.  Atau mungkin ia bermakna  kita  akan solat sendirian atau 
bersama keluarga di rumah.   
Saudara-saudari yang budiman, 10
Apa yang perlu kita risaukan ialah bagaimana kualiti tarawih tersebut; tidak kira samada 
ianya 20 atau 8 rakaat,  di masjid jauh atau  di surau dekat, kita kerjakan berseorangan 
atau berjamaah.   
Pokoknya, solat tarawih yang mempunyai kualiti “imaanan wah tisaaban” bukan dibuat 
sekadar  melepaskan batuk di tangga tetapi dengan perancangan yang sedar dan 
pemilihan yang teliti.  Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memasukkan 
kita di kalangan orang yang diredhai-Nya. 11
Renungan Ramadhan 5 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Ketahuilah  bahawa  puasa yang sedang kita jalani ini merupakan jalan singkat untuk 
mendapat rahmat, pahala dan keberkatan dari Allah.   
Orang-orang yang berpuasa merupakan golongan yang terpilih, special, dan mempunyai 
keistimewaan pada hari qiamat.  Sahal bin Sa’ad berkata bahawa Nabi (saw) bersabda: 
“Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut “rayyan”.  Akan diseru pada 
hari qiamat: “ Mana orang yang berpuasa?”. Lalu bila orang yang terakhir dari mereka 
telah masuk, maka pintu itupun ditutup”. 
 (hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 
Puasa ini juga bakal menjadi pembela dan  pemberi syafaat kepada kita.  Menurut 
Abdulah bin Umar (ra), Nabi (saw) bersabda: 
“Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba, pada hari qiamat.  Berkata  
puasa: “Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan 
sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu”.  Dan berkata pula al-Quran: “ Engkau 
larang ia tidur di waktu malam, sekarang  ia meminta syafaat padaku mengenai itu”.  
Maka syafaat kedua merekapun diterima oleh Allah.” 
 (hadis riwayat Ahmad) 
Orang yang berpuasa akan bergembira apabila bertemu dengan  Tuhannya nanti seperti  
hadis  dariAbu Hurairah  bahawa Nabi (saw) bersabda: 
“ Dan orang yang berpuasa itu beroleh  dua kegembiraan yang menyenangkan hati: di 
kala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui Tuhannya 
nanti, ia akan gembira kerena puasanya.” 
(hadis riwayat Ahmad, Muslim dan an-Nisa’i) 
Jelas kepada kita status atau kedudukan  orang-orang yang berpuasa.  Memang dalam 
mengerjakan puasa itu terdapat kesukaran, keletihan dan kesusahan.  Memang puasa 
memerlukan pengorbanan dan kesabaran.  Tetapi yakinlah dengan janji Allah melalui 
lisan Nabi-Nya ini.  Puasa bakal memohon syafaat bagi kita.  Kita mempunyai 
keistimewaan  dengan pintu khas untuk masuk ke syurga.  Dan kita akan bergembira 
bukan sahaja ketika berbuka  tetapi juga apabila kita bertemu dengan Allah nanti.  Inilah 
kegembiraan yang hakiki.  
Semoga Allah menggabungkan kita ke dalam  orang-orang istimewa dan memperoleh 
syafaat dari puasa yang kita kerjakan. 12
Renungan Ramadhan 6 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, Orang-orang yang berpuasa nanti akan 
mempunyai keistimewaan  dengan pintu khas untuk masuk ke syurga.  Dan kita akan 
bergembira bukan sahaja ketika berbuka  tetapi juga apabila kita bertemu dengan Allah 
nanti.  Inilah kegembiraan yang hakiki. Selain itu orang yang berpuasa juga dijanjikan 
kemapunan bagi dosa yang lalu. Dari Abu  Hurairah bahwa Rasulullah (saw) telah 
bersabda:  
“ Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan 
mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu”  
(hadis riwayat Ahmad dan Ashabussunan)  
Kalau dilihat bentuk hadis ini, ianya seakan sama dengan hadis mengenai keutamaan 
solat tarawih (lihat Renungan Ramadhan 4).  Di dalam hadis ini bukan sahaja disebutkan 
janji keampunan dosa bagi orang yang berpuasa tetapi juga syarat untuk mendapat 
anugerah ini iaitu berpuasa dengan “imaanan wah tisaaban” yang diterjemahkan sebagai 
kerana “ iman dan mengharapkan keredhaan Allah”.  Puasa kita bukan kerana budaya, 
bukan kerana adat, bukan kerana  manusia, bukan kerana kesihatan, bukan kerana 
ketiadaan makanan.  Tetapi kerana keazaman kita memenuhi tuntutan iman dan benarbenar mengharapkan keredhaan Allah.   
Niat  dan keazaman yang sedemikian akan menyebabkan kita tekun menjaga syaratsyarat dan adab-adab dalam puasa kita; bagi melayakkan kita mendapat keampunan bagi 
dosa-dosa kita yang lalu.  Abu Said al-Khudri berkata bahawa Nabi (saw) pernah 
bersabda:  
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengetahui batas-batasnya dan ia 
menjaga diri dari segala apa yang patut dijaga, dihapuskanlah dosanya yang 
sebelumnya.” (hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi) 
 Saudara-saudari yang budiman,  
Jelas kepada kita bahawa hanya puasa yang  terjaga dari batas-batasnya sahaja yang akan  
diterima dan layak untuk menerima keistimewaan yang dijanjikan.  Sebab itu Nabi (saw) 
memberi kita peringatan, sekiranya kita tidak berhati-hati, kita mungkin terjerumus ke 
dalam golongan manusia yang tidak memperolehi apa-apa dari puasa dan solat tarawih 
mereka.   
Abu Hurairah berkata Nabi (saw)  bersabda: “Berapa  banyak orang yang berpuasa, tetapi 
tiada yang diperolehinya kecuali rasa lapar dan berapa banyak orang bersembahyang 
malam, tetapi tiada yang ia perolehi selain dari  rasa mengantuk” (hadis riwayat  an-Nisai 
dan Ibn Majah) Yang dimaksudkan oleh Nabi (saw) ialah orang yang berpuasa hanya 13
dengan berlapar tetapi tidak kerana mencari keredhaan Allah serta tidak kisah dalam 
menjaga adab-adab dan batas-batasnya yang lain.  Semoga Allah menjauhi kita dari 
termasuk ke dalam golongan ini; golongan orang yang berlapar dahaga tetapi tidak 
memperolehi apa-apa; puasa tidak diterima; dosa tetap tidak berampun.  
Semoga Allah swt  menerima  puasa kita, mengampunkan dosa-dosa kita dan membantu 
kita ke arah meningkatkan kualiti puasa kita.  14
Renungan Ramadhan 7 
Assalamu alaikum warahmatullah, 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Nabi (saw) mengingatkan kita bahwa di kalangan orang yang berpuasa, ada yang tidak 
memperolehi apa-apa kecuali lapar dan dahaga.  Dan di sana pula terdapat golongan yang 
berpuasa  dan memperoleh pelbagai keistimewaan dan keberkatan.  Di dalam spektrum 
yang begitu luas, di manakah kita? 
Untuk mencapai darjat tertinggi yang dianugerahkan kepada orang yang berpuasa, kita 
perlu memenuhi syarat lahiriahnya yakni menahan diri dari makan, minum dan perkara 
lain yang membatalkan puasa.  Kita perlu juga menghidupkan sunat dan adab puasa 
seperti bersahur, menyegerakan berbuka, bertarawih, bersedekah dan membaca al-Quran.    
Tetapi itu saja tidak mencukupi.  Menurut  Sheikh  Said Hawwa  di dalam kitabnya alMustakhlas fi Tazkiyatun Nafsi,  terdapat enam syarat tambahan yang perlu diberi 
perhatian oleh orang yang benar-benar berhajat meninggikan kualiti puasanya: 
a. Memejamkan mata serta mengekangnya jangan sampai memperluas, atau 
memperdalamkan  penglihatan, yakni melihat dengan berlebih-lebihan kepada segala 
sesuatu yang tercela dan tidak baik dan dibenci oleh agama.  Demikian pula melihat 
apa saja yang menyebabkan  hati terpesona, sehingga lalai daripada mengingati Allah. 
b. Menjaga lisan dari perkataan yang tidak masuk akal atau senda-gurau yang 
melampaui batas, atau berkata kotor, atau berkata yang sia-sia, atau berdusta  atau 
mengumpat, atau mengadu domba atau berkata jijik, atau bertengkar atau 
memamerkan diri sendiri.  Sebaliknya  hendaklah diam atau mengurangkan bicara 
yang tidak perlu dan menyibukkan diri dengan berzikir kepada Allah gemar membaca 
al-Quran atau kitab-kitab agama. 
c. Menahan diri dari mendengar apa yang tidak disenangi dari ukuran agama, sebab 
setiap perkara yang haram diucapkan maka menjadi haram mendengarnya. 
d. Menahan anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa khususnya tangan dan 
kaki jangan sampai melakukan hal-hal yang  terlarang menurut kacamata  agama.  
Begitu juga menahan perut dari makan apa-apa yang bukan sahaja haram tetapi juga 
yang syubhat, terutama di saat berbuka puasa. 
e. Menahan diri dari terlalu banyak makan atau menyediakan pelbagai makanan ketika 
berbuka, sekalipun makanannya halal, sehingga perut  sekan-akan tidak memuatnya 
lagi.  Sebab tiada wadah yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh 
terisi.  Puasa ialah untuk mematahkan segala macam kesyahwatan, maka adakah 
orang yang puasa itu wajar memupuk kembali syahwatnya ketika berbuka?  
Sepanjang hari ia menekan nafsu maka ia adakah bermaksud membalas dendam nanti 
di waktu berbuka?  Pada siangnya, masih ketika berpuasa,  ia membeli ini dan itu 
yang berupa makanan dan waktu berbuka akan dihabiskan semua sekali.  Maka 
tujuan puasa untuk melemahkan nafsu syahwat tetap tidak berhasil.  Sewajarnya,  
sediakanlah makanan dan makanlah sekadar  seperti mana hari-hari biasa di bulan 15
lain, tanpa berlebih-lebihan atau mengistimewakannya sehingga merangsang lagi 
nafsu. 
f. Hendaklah hatinya menggantung  harap dan takut mengenai diterima atau tidak 
puasanya hari itu.  Hatinya berdebar-debar dan tidak tenteram; kerana belum ada 
kepastian.  Jika diterima, pasti termasuk dalam golongan almuqarrabin yang 
mempunyai pelbagai keistimewaan.  Jika tidak, maka pasti tergolong ke dalam 
golongan yang tertolak amalannya, lagi dimarahi dan dimurkai-Nya.  Orang yang 
tertipu oleh dirinya sendiri mengira ibadatnya pasti diterima, padahal ada 
kemungkinan tidak demikian.  Nanti pada hari kiamat ia akan terkejut mengapa Allah 
tidak menerima malannya!   
Semoga Allah swt  menerima membantu kita mengamalkan dan istiqamah dengan 
keenam-enam perkara di atas ke arah meningkatkan kualiti puasa kita. 16
Renungan Ramadhan  8 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Dalam sebuah hadis, Nabi (saw) bersabda: 
Tidaklah berpuasa itu dari makan-minum semata, tetapi berpuasa itu adalah dari 
perbuatan kosong dan perkataan keji.  Maka jika kau dicaci orang atau diperbodohnya, 
hendaklah kamu mengatakan: “saya ini berpuasa, saya ini berpuasa!” 
(hadis riwayat Ibnu khuzaimah dan Ibnu Hibban) 
Jelas kepada kita bahawa puasa yang berkualiti  bukan sekadar menahan  diri dari dari 
makan-minum.  Tetapi kita perlu juga menahan diri dari perbuatan kosong (lagha).  Cuba 
bayangkan berapa banyak perbuatan lagha yang kita buat hari ini; dari berbual kosong 
sehingga kepada bermain  computer games atau menonton television.  Sebaliknya kita 
perlu sibukkan harian kita dengan kerja-kerja yang  produktif; untuk dunia dan akhirat 
kita.  Jika  mempunyai luang dari waktu  bekerja mencari nafkah kita, sibukkan diri 
dengan  membaca al-Quran, terjemahannya atau berzikir atau i’tikaf  atau menghadiri 
majlis ilmu atau membaca buku-buku agama dan seumpamanya.   
Satu lagi adab penting orang berpuasa ialah mengawal lidah dan perasaan.  Orang yang 
berpuasa adalah seorang yang tenang, sabar dan berhati-hati dalam percakapannya.  
Puasa itulah  membolehkan beliau untuk mengawal diri dari memberi tindak balas  
negatif apabila diuja dengan perkara-perkara negatif oleh orang lain. 
Abu Hurairah (ra)  berkata bahawa Rasulullah (saw) bersabda: 
Dan puasa itu merupakan perisai, maka janganlah seseorang yang berpuasa itu berkata 
keji dan meninggikan suara atau mencaci maki.  Dan seandainya dicaci oleh seseorang 
atau diajaknya berkelahi hendaklah dijawabnya: “saya ini berpuasa, saya ini berpuasa!”. 
  (hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Annisa’i) 
Begitu kuat  tuntutan kita menjaga lidah ini ditekankan lagi dalam sebuah hadis lain pula 
di mana Nabi (saw) bersabda: 
Sesiapa yang tidak menghentikan perkataan-perkataan dusta dan melakukan kedustaan 
itu, maka Allah tidak merasa perlu ia meninggalkan makan-minumnya. 
  (hadis riwayat Jama’ah kecuali Muslim) 
Marilah kita berusaha dan berdo’a agar  Allah swt  mempermudahkan kita menjalani 
ibadah puasa kita dengan paling sempurna.  Semoga puasa kita hari ini lebih baik dari 
semalam, dan  tahun ini lebih baik dari tahun  sebelumnya. 17
Renungan Ramadhan  9 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Salah satu ruh yang penting dalam puasa ialah  mewujudkan rasa kebersamaan dengan 
orang yang kurang bernasib baik.  Puasa membolehkan kita yang berkemampuan (secara 
sukarela) merasa apa yang dirasai (secara terpaksa) oleh golongan yang tidak 
berkemampuan menikmati makanan dan minuman yang mencukupi setiap hari.  
Bayangkan, kita  menahan diri secara sukarela sedangkan peti-sejuk kita dipenuhi 
makanan, kabinet dapur kita sendat dengan pelbagai bahan, tetapi mereka yang kurang 
bernasib baik terpaksa berlapar kerana  mereka tidak mempunyai wang untuk membeli 
walaupun makanan yang asas seperti beras dan minyak.  Kita masih boleh bergembira 
kerana kita tahu, lapar kita sekadar adalah seketika, sementara menunggu berbuka tetapi 
bagi mereka entah malam ini, entah esok belum pasti ada cukup makanan untuk seisi 
keluarga. 
Memberi makan kepada orang yang lapar adalah tugas mulia. 
Dari Abdullah bin Amr ra ia berkata, ketika salah seorang sahabat bertanya kepada 
Rasulullah (saw). "Ya Rasulullah amalan apakah di dalam Islam yang baik".  Rasulullah 
saw menjawab: "Memberi makan (orang yang lapar) dan memberi salam kepada orang 
yang kalian kenal maupun tidak kalian kenal". 
(hadis Riwayat Bukhari). 
Jangan kita anggap bahawa golongan yang sebegini hanya wujud di Palestin, Kashmir 
atau di Somalia.  Golongan yang kurang bernasib baik sedemikian mungkin wujud di 
kawasan atau daerah kita.  
1
Seorang rakan menceritakan pengalamannya menziarahi sebuah kampung di pinggir 
Johor Bahru baru-baru ini: 
"Pak Ali ni kerja apa Tok", tanyaku kepada Tok Ketua. "Kerja memukul kulit kayu bakau 
untuk dijadikan kayu arang", jawab Tok Ketua sambil menunjuk ke arah kilang kayu 
arang. "Berapa upahnya Tok Ketua", perasaan ingin tahuku menebal. "20 sen 
sebatang"."Sebatang tu panjang mana?",  tanyaku lagi. Aku mengharap Tok Ketua tak 
bosan melayaniku."Sebatang kayu sepanjang  6 kaki.  Kalau kerja sampai malam, 
mungkin boleh dapat  RM12 sehari. Kalau tak  kerja, tak de le gaji." jawab Tok Ketua 
panjang lebar.” 
Di ketika lain: 
"Mak cik tak kerja hari ini", tanyaku memecahkan kesunyian. "Tak, hari Ahad cuti", 
jawabnya spontan.  "Mak cik kerja kat mana?", tanyaku lagak reporter.  "Mak cik kerja 
kat kilang Pasir Gudang.  Baru aje 3  bulan...mak cik ni ada sakit mental".  "Sebelum ni 
mak cik kerja kat mana?" pintasku.  "Mak  cik sebelum ni tak kerja. Dapat bantuan 
                                                          
1
 Pembaca bolehlah menambah contoh-contoh kes yang sesuai di tempat masing-masing. 18
daripada Jabatan Masyarakat RM160 sebulan. Tapi sebulan dua ni, lambat masuk. Siapa 
nak bagi anak-anak mak cik ni makan", terangnya sambil mengusap2 kepala anaknya. Ku 
lihat matanya mula bergenangan.  Bibirku terkelu sayu.  
Mari sama-sama kita merenung tindakan kita membaca pengalaman rakan ini dalam 
konteks  dua hadis ini: 
“ Tidak beriman kepadaku siapa yang tidur kenyang padahal jirannya lapar dan di 
sampingnya sedangkan dia tahu  jirannya lapar”. 
  (hadis riwayat Tabarani) 
Dalam hadis lain, Rasulullah (saw) bersabda: 
“  Apabila anda memasak lauk, perbanyakkanlah kuahnya, kemudian lihatlah ahli 
jiranmu dan berikanlah kepada m,ereka sebahagian darinya denan baik.” 
 (hadis riwayat Muslim) 
Walaupun mereka bukan jiran sebelah rumah kita tetapi mereka jiran sedaerah, senegeri 
senegara dengan kita.   
Marilah sama-sama kita merealisasikan  salah satu ruh puasa  ini dengan menyumbang 
sebahagian dari rezeki yang Allah kurniakan kepada kita untuk membantu golongan yang 
tidak bernasib baik.  Pelbagai cara boleh dilakukan; banyak peluang kini dibuka.  
Pokoknya tepuk dada.. tanyalah iman kita. 19
Renungan Ramadhan 10 
Assalamu alaikum warahmatullah, 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Ramadhan yang penuh keberkatan ini disambut di seluruh dunia secara serentak.  
Walaupun, oleh kerana kedudukan geografi yang berlainan, kita tidak dapat 
menyambutkan pada satu ketika yang sama.. tetapi semuanya menyambut pada satu 
tarikh yang sama yakni  kemunculan  anak bulan Ramadhan di tempat masing-masing.   
Sesungguhnya Ramadhan membayangkan kesejagatan dan solidariti  Islam.  Di setiap 
detik dalam 24 jam, kita akan mendapati ada saja umat Islam yang sedang berpuasa, yang 
sedang berbuka, yang sedang bertarawih, membaca al-Quran, bersahur  dan pelbagai 
aktiviti lain merai’kan  Ramadhan mubarak ini.  
Kita dapati umat Islam tediri dari pelbagai jenis warna kulit, bangsa, kumpulan etnik, 
bahasa dan kebudayaan.  Namun dengan sambutan Ramadhan yang serentak; mereka 
bersatu dalam kepelbagaian ini.  Jelas terserlah  ruh ayat Allah: 
Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta 
alam. 
( Surah al-Anbiyaa’:107) 
Kesatuan dalam kepelbagaian (unity in diversity)  ini adalah ciri penting Islam.  Kita 
berbeza bukan sekadar budaya dan warna kulit tetapi kadangkala sehingga dalam 
beberapa hal cara beribadah.   Namun kita tetap bersatu di atas perkara pokok dan 
prinsip.   
Misalnya tiada umat Islam yang mempertikaikan kewajipan puasa di bulan Ramadhan, 
tiada yang tidak bersetuju bahawa awal puasa ialah dengan melihat bulan, tiada yang 
membangkang jika dikatakan yang  sakit dan dalam perjalanan dibenarkan berbuka dan 
tiada yang  mengatakan solat malam di bulan Ramadhan itu amat digalakkan.  Ini adalah 
perkara-perkara pokok dan prinsip dan tidak ada pertikaian mengenainya. 
Namun di kalangan kita  mungkin berbeza dari segi cara menentukan “anak bulan telah 
kelihatan” atau  samada “orang yang dalam perjalanan yang mudah perlu berpuasa atau 
tidak” dan samada “ solat tarawih itu 20 rakaat atau 8” dan seumpamanya.  Perbezaan  
pendapat yang kecil sedemikian tidak semestinya tidak menunjukkan ketidaksatuan; 
asalkan semuanya berdasarkan hujjah dan nas yang kuat.   
Perbezaan pendapat sedemikian juga tidak semestinya menyebabkan kita berbalah; 
berkelahi atau  rendah-merendahkan.  Para  sahabat pernah berbeza pendapat dalam bab 
puasa dalam perjalanan.  Lihat sikap mereka  20
Anas bin Maalik berkata:  
"Kami  sedang bermusafir bersama dengan Rasulullah (saw) semasa Ramadhan  dan di 
kalangan kami ada yang berpuasa, ada yang tidak berpuasa.  Golongan yang berpuasa 
tidak menyalahkan orang yang tidak berpuasa dan golongan yang tidak berpuasa tidak 
menyalahkan orang yang berpuasa. 
[ hadis riwayat Bukhari and Muslim] 
Itulah sikap sahabat-sahabat Nabi (saw) yang harus kita contohi.  Tidak ada sebab untuk 
kita merendah-rendahkan  amal perbuatan orang lain atau merasa diri kita lebih besar, 
lebih hebat, lebih banyak amal, lebih wara’, lebih tinggi darjat taqwa berbanding dengan 
mereka yang mempunyai kelainan dari sudut perkara-perkara khilafiyah sebegini.  
Ingatlah pesanan Allah: 
Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang 
lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang 
mengolok-olokkan) 
  (surah al-Hujurat: 11) 
Berhati-hatilah dengan jarum-jarum halus yang bakal merosakkan amal kita.  Jangan 
dilayan perasaan bahawa kita lebih baik  dari mereka kerana kita melaksanakan sesuatu 
amal yang lebih lebih banyak, lebih kerap,  lebih sempurna  sambil kita memandang 
rendah orang lain.   
Boleh jadi juga dalam keghairahan mencari  yang lebih ‘benar’ dan lebih ‘banyak’ kita 
terpedaya dengan tipu-daya hawa nafsu kita yang memesongkan.    
Ingatlah, sebaik sahaja kita merasa diri kita lebih taqwa dari orang lain,  di ketika itu 
bukanlah layak lagi kita  digelar bertaqwa! 21
Renungan Ramadhan 11 
Assalamu alaikum warahmatullah, 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Kita kini berada di  hari ke 11 Ramadhan.  Ini bermakna, kita telah berada di fasa kedua 
Ramadhan.  Kita telah meninggalkan   fasa “rahmat” manakala kita kini memasuki fasa 
“maghfirah”.  Sepuluh hari  yang berlalu, kita berharap rahmah, belas kasihan dari Allah.  
Di hari mendatang, pintu maghfirah Allah terbuka luas menunggu kepulangan hambahamba-Nya. 
Kita perlu menilai semula, review pencapaian kita.  Untuk itu, kita boleh mengambil 
iktibar dari sebuah kisah yang dinukilkan oleh Sheikh Said Hawa mengenai Al-Hasan bin 
Abul Hasan al-Bishri.  Bahawa beliau ini pada suatu ketika di bulan Ramadhan berjalan 
melalui satu kelompok manusia yang sedang  tertawa sambil bersenda gurau, kemudian 
al-Hasan berkata: 
“Sesungguhnya Allah azzawajalla menjadikan Ramadhan sebagai bahan ujian yang 
tersembunyi bagi seluruh makhluk-Nya.  Semua orang sama berlumba-lumba, atau 
dahulu-mendahului untuk berbuat ketaatan  kepada Allah (SWT).  Kemudian ada 
golongan yang dapat mendahului golongan lain, merekalah orang-orang yang beruntung 
dan berjaya.  Sedang golongan lain ada yang tertinggal di belakang dan mereka itulah 
orang-orang yang menyesal dan merasa mendapat kerugian yang besar.  Oleh sebab itu 
adalah heran seheran-herannya ketika saya melihat ada orang yang tertawa, bermainmain pada hari seperti sekarang ini dalam bulan Ramadhan, padahal di saat ini adalah 
hari sebahagian manusia menjadi beruntung dan berjaya , sedangkan ada sebahagian 
manusia lainnya yang merasa rugi dan menyesal.  Yang berbahagia ialah orang-orang 
yang mendahului kawan-kawannya untuk mentaati Dzat Yang Maha Pencipta, dan yang 
merugi  ialah orang yang hanya gemar melakukan kebatilan dan kesia-siaan.” 
Setelah melalui  sepertiga Ramadahan, eloklah kita berhenti sejenak, menilai prestasi 
kita  dalam sepuluh hari yang telah berlalu.  Antara soalan yang boleh kita tanyakan diri 
kita ialah: 
‰  Sudahkah kita memanfaatkan sebaik-baiknya  kehadiran bulan ramadhan yang 
penuh berkat ini? 
‰  Sudahkah kita cuba sedaya upaya mencantikkan puasa kita? 
‰  Sudahkan kita memastikan anak-isteri-suami dan seluruh keluarga kita sama-sama 
menikmati keberkatan Ramadhan ini? 
‰  Sudahkah kita  mencapai tahap minimum pembacaan al-Quran setiap hari?  Jika 
standard kita ialah satu juzuk sehari, maka kini sepatutnya kita telah melebihi 
sepuluh juzuk. 
‰  Sudahkan kita memastikan sunat-sunat puasa seperti bersahur disempurnakan? 22
‰  Sudahkah kita memastikan kita tetap istiqamah dengan solat tarawih dan berazam 
untuk meneruskannya ke hujung Ramadhan? 
‰  Sejauh manakah Ramadhan kita tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas? 
Kuatkan tekad untuk melipatganda amal dan beristighfar atas ketelanjuran  
kita. 
_ 23
Renungan Ramadhan 12 
Assalamu alaikum warahmatullah, 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Kembali kita kepada isu solidariti umat seperti kita telah bincangkan di dalam Renungan 
Ramadhan 10. 
Ramadhan mengingatkan kita bahawa Umat Islam adalah satu.  Ia umpama satu badan, 
seperti disebut oleh Nabi saw: 
“Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di 
dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota 
mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan 
berjaga malam dan demam.” 
(Hadis Riwayat Muslim) 
Saban hari  media cetak dan elektronik memaparkan penderitaan  umat Islam di seluruh 
dunia. Palestin, Kashmir, Afghanistan, Chechnya, Iraq dan banyak lagi tempat sentiasa 
mengalirkan darah Muslimin; rakan saudara seagama dengan kita.  Tidak putus-putus kita 
didedahkan dengan penipuan, kezaliman dan penindasan yang dikenakan ke atas saudarasaudara kita.  Soalannya.. adakah kita seumpama badan tersebut yang turut merasa 
demam, tidak dapat tidur kerana sebahagian dari  anggota badan kita sedang  menderita  
kesakitan. 
Sebahagian mereka tidak dapat merasa aman seperti yang kita rasai.  Sebahagian mereka 
tidak mampu  menikmati  sesuap makanan dalam sehari.  Sebahagian tidak mempunyai 
bekalan air untuk keperluan diri.  Sebahagian tidak mempunyai pakaian bagi  menutup 
aurat dengan sempurna.  Anak-anak kecil  kehilangan ayah, ibu kehilangan anak,  
keluarga kehilangan tempat perlindungan.. senarai penderitaan mereka berpanjangan.. 
Mereka juga manusia  seperti  kita. Mereka juga Muslim seperti kita.  Dalam hadis yang 
masyhur Nabi (saw) bersabda: 
“Tidak beriman salah seorang darimu, hingga ia mencintai untuk saudaranya seperti ia 
mencintai untuk dirinya sendiri.” 
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 
Sewajarnyalah, dalam bulan solidariti umat  ini, kita  luangkan masa untuk menilai 
sumbangan kita kepada mengurangkan penderitaan saudara-saudara kita ini.  Untuk 
sumbangan kewangan, peluang sebenarnya terbuka kerana pelbagai pertubuhan seperti 
Jamaah Islah Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan MERCY ada 
menganjurkan Tabung Khas bagi meringankan penderitaan mereka.  Setidak-tidaknya, 
gunakanlah kesempatan keemasan yang ada dalam saat-saat keberkatan bulan Ramadhan 24
untuk mendoakan kesejahteraan dan kemenangan  bagi saudara-saudara kita kita.  
Semoga kita termasuk dalam kumpulan yang tersebut oleh sabda  Rasulullah (saw): 
"Apabila seorang berdoa bagi saudaranya tanpa pengetahuannya, berkatalah para 
Malaikat:  Bagi kamu seperti itu juga." 
(hadis riwayat Muslim dan Termizi) 25
Renungan Ramadhan 13 
Assalamu alaikum warahmatullah, 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Salah satu perkara menghantui umat Islam kini ialah isu Palestin yang belum selesai.  
Kita merasa amat sedih dengan penderitaan harian yang dihadapi oleh saudara-saudara 
kita di sana.  Rumah mereka diruntuhkan, anak-anak mereka di bunuh,  wanita mereka 
dicabuli.  Ini berlaku dalam tanah air kita dan mereka.  Palestin adalah tanahair kita.  
Bumi Baitul Maqdis adalah tanah suci Islam. 
Walau apa pun yang  cuba disembunyikan oleh  pihak zionis, Palestin adalah tanah suci 
Islam.  Ia menjadi tanah suci Islam bukan hanya dengan isra’nya Nabi Muhammad (saw) 
pada tahun ke 10 kenabian.  Ia menjadi bumi Islam bukan dengan penaklukannya pada 
zaman khalifah Umar (ra).  Malah ia telah menjadi tanah air kita umat Islam sejak zaman 
zaman Nabi Daud (as) dan Sulaiman (as), kerana kedua-dua Nabi ini membawa agama 
Islam.   Mereka  membawa risalah tauhid dan menyeru manusia untuk tunduk dan patuh 
kepada Ilahi; menyerah diri atau Islam kepada Tuhan yang Maha Esa.  Umat Islam 
kinilah yang mewarisi risalah para Nabi (as) termasuk risalah Nabi  Daud (as) , Sulaiman 
(as) dan Muhammad (saw).  Maka Palestin dan Baitul Maqdis adalah sejak asalnya tanah 
milik umat Islam. 
Tanah ini diceroboh kini.  Hanya dengan cebisan nota oleh Lord Balfour pada 1917, dan 
mandat PBB pada 1947 negara parasit   zionis telah ditubuhkan.  Pada 1922, Yahudi 
merupakan 11% daripada penduduk Palestin tetapi apabila PBB menubuhkan negara 
Israel pada 1947 rakyat Yahudi  diberikan 56% tanah Palestin.  Virus kini merebak 
sehingga mereka menjajah dan menakluk sehinggakan selepas Perang Arab-Israel 
pertama pada 1949, mereka telah menguasai 80% dari tanah manakala 800,000 penduduk 
asal Palestin terpaksa menjadi pelarian.   
Tetapi isunya bukan  sekadar tanah-tanah yang diduduki selepas perang  1949 atau 1967.  
Bahkan, tanah asal Israel seperti diputuskan oleh PBB pada tahun 1947 itu pun sudah 
haram diduduki kerana ia dirampas dari milik kita. 
Kini mereka bermaharajalela lagi.  Setiap hari kita akan mendengar kematian anak-anak 
kita, penangkapan saudara-saudara kita, pencerobohan oleh tentera Israel ke atas  rumah 
tangga saudara-saudara kita.  Bolehkah kita berdiam diri, berpeluk tubuh melihat mereka 
terus menoda’i   bumi tanah suci kita  yang disebutkan oleh Nabi (saw): 
 “ Tidak perlu disiapkan kenderaan untuk bepergian kecuali untuk mengunjungi  tiga 
Masjid; Masjidil Haram, Masjidku ini (Masjid  Nabawi) dan Masjidil Aqsa” 
(hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud ) 26
Mungkin kita merasa kecewa; tidak dapat berbuat apa-apa.  Mungkin kita putus asa 
kerana  Amerika  sentiasa berada di belakang  dan membela segenap tindakan ganas 
Israel.  Kita mungkin merasa lemah melihat  bagaimana Israel yang telah 
membelakangkan begitu banyak resolusi  PBB di biarkan lepas tanpa hukuman 
sedangkan negara Islam yang lain seperti Iraq  ditekan habis-habisan walaupun hanya 
dengan satu resolusi PBB. 
Namun, Allah akan memenangkan agamanya dan mewarisi bumi ini kepada orang-orang 
yang beriman dan beramal saleh. 
Apa yang kita perlu buat ialah berusaha untuk menukar keadaan ini dengan apa juga cara 
yang termampu.  Paling kurang kita boleh berdo’a dan memperbaiki diri, keluarga dan 
masyarakat kita.  Setidak-tidaknya kita boleh menyumbang kepada Tabung Palestin.  Dan 
paling penting tetapi tidak terlalu sukar ialah kita menjayakan program boikot barangan 
Amerika.  Jika terdapat alternatif, maka tidak perlulah kita berurusan atau membeli apa 
juga jenama produk atau perkhidmatan yang mempunyai kepentingan Amerika; samada 
yang diimport terus atau dibuat secara berlesen atau francais oleh syarikat tempatan.  
Paling terkehadapan dalam bab ini ialah Mcdonalds dan Starbuck Coffee yang jelas 
memberi sokongan dan sumbangan kepada perjuangan zionis.  Syarikat lain juga 
mempunyai saham dengan membayar cuka kepada kerajaan Amerika.  Jika kita tidak 
mempunyai alternatif lain kecuali barangan Amerika, maka jadikanlah ia pilihan terakhir; 
buy American last.    
Kita tidak mahu hasil wang yang kita berikan kepada syarikat-syarikat ini akan dibawa 
pulang ke Amerika dan seterusnya  disalurkan kepada rejim zionis dalam bentuk senjata 
dan peluru untuk meratah tubuh-tubuh kerdil anak-anak kita di Palestin. 
Ya Allah!  Bantulah saudara-saudara kami di Palestin dan segenap tempat.  
Menangkanlah mereka, ringankanlah penderitaan mereka. 
Ya Allah! Musnahkanlah musuh-musuh kami dan musuh-musuhmu,  hancurkanlah 
kekuatan musuh dan gagalkanlah perancangan jahat mereka. 27
Renungan Ramadhan 14 
Assalamu alaikum warahmatullah, 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Negara parasit Israel ditubuhkan melalui mandat PBB pada 1947.  Pada tahun 1947 juga, 
sebuah tanah Islam lain turut tergadai sehingga hari ini.   
Jammu dan Kashmir  ialah sebuah wilayah  yang terletak di  sempadan utara India dan 
Pakistan.  Ia terkenal sebagai satu kawasan mempunyai kawasan semulajadi yang amat 
cantik dan menarik. 
Semasa kemerdekaan India pada 1947, negara Pakistan ditubuhkan untuk rakyat benua 
kecil tersebut yang beragama Islam.  Setiap wilayah yang mempunyai  kerajaan sendiri 
ketika itu diberikan pilihan samada mahu bergabung dengan India atau Pakistan.  Bagi 
wilayah yang majoriti penduduknya menganut seagama  dengan pemimpinnya, itu tidak 
menjadi masalah.  Tetapi bagi Kashmir,  lebih 70% penduduknya beragama Islam 
manakala pemimpinnya ketika itu ialah Maharajah yang beragama Hindu.  Beliau telah 
memilih untuk bergabung dengan India manakala majoriti penduduknya  mahu bersama 
Pakistan.  Gabenor British di India  telah meminta pemilihan muktamad diadakan 
berdasarkan satu pungutan suara.  Majlis Keselamatan PBB dalam Resolusi no 47 (1948) 
telah bersetuju dan dengan jelas mengarahkan supaya  antara lain: 
“The Government of India should undertake that there will be established in Jammu and 
Kashmir a Plebiscite Administration to hold a plebiscite as soon as possible on the 
question of the accession of the State to India or Pakistan” 
Masalah terbesar ialah, sehingga kini India enggan dan menafikan hak rakyat Kashmir 
untuk menentukan masa depan mereka.  Sehingga kini, India tetap bertegas mengaku 
bahawa Kashmir adalah sebahagian dari negara India.  Sehingga kini pungutan suara 
yang diputuskan oleh PBB  lebih 54 tahun yang lalu masih belum dapat dilaksanakan. 
Dalam pada itu, India telah mengukuhkan cengkaman kuku-besinya ke atas Kashmir.  
Pelbagai cara telah dibuat oleh pihak  berkuasa India untuk menghapuskan gerakan 
pembebasan Kashmir.  Pejuang  dan keluarga telah ditangkap, dipenjara, dibunuh dan 
dicabuli.  Kini, lebih 500,000 askar India kini menduduki Kashmir menjadikan  wilayah 
tersebut seperti negara polis. 
Sehingga kini PBB meletakkan status  Kashmir sebagai ‘wilayah  yang dipertikaikan’; 
yakni PBB sendiri tidak mengiktirafnya sebagai sebahagian daripada India.  Namun,  
polisi ‘double standard’ PBB jelas  kelihatan kerana berbeza dengan Iraq contohnya,  
PBB tidak pula  menguat-kuasakan  resolusinya sendiri. 
Demikian sepintas lalu berkenaan dengan  sebuah wilayah umat Islam yang dijajah,  
sehinggakan umatnya menjadi pelarian di tanahair sendiri.  Semoga kita lebih prihatin 28
dengan nasib yang menimpa saudara-saudara kita di tempat lain.  Marilah sama-sama kita 
mendo’akan Allah memberi jalan keluar terbaik bagi mereka. 29
Renungan Ramadhan 15 
Assalamu alaikum warahmatullah, 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Sifat pemurah merupakan salah satu daripada sifat-sifat orang beriman dan lebih-lebih 
lagi oleh kerana bulan Ramadhan merupakan bulan kebajikan, maka sifat pemurah telah 
menjadi lebih terserlah.  Rasulullah (saw) yang menjadi ikutan kita telah memberikan 
contoh yang terbaik dalam hal ini.  Kedermawanan beliau pada bulan Ramadhan berlipat 
ganda dibanding bulan-bulan lainnya, sebagaimana kemurahan Tuhannya berlipat ganda 
pada bulan ini. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas (r.a.) bahwa: 
“Nabi (saw)  adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan 
Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya Al-Qur’an.  Jibril 
menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan kepadanya AlQur’an. Rasulullah (saw) ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada 
angin yang berhembus.”  
(hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Kedermawanan adalah sifat murah hati dan  banyak memberi. Allah pun bersifat Maha 
Pemurah, Allah Ta’ala Maha Pemurah, kedermawanan-Nya berlipat ganda pada waktuwaktu tertentu seperti bulan Ramadhan.  
Bulan Ramadhan adalah saat Allah berderma kepada para hamba-Nya dengan rahmat, 
ampunan dan pembebasan dari api Neraka, terutama pada Lailatul Qadar Allah Ta’ala 
melimpahkan kasih-Nya kepada para hamba-Nya yang bersifat kasih, maka barangsiapa 
berderma kepada para hamba Allah niscaya Allah Maha Pemurah kepadanya dengan 
anugerah dan kebaikan. 
Membantu orang-orang yang berpuasa dan  berdzikir untuk senantiasa taat, agar 
memperoleh pahala seperti pahala mereka; sebagaimana siapa yang membekali orang 
yang berperang maka ia memperoleh seperti pahala orang yang berperang, dan siapa 
yang menanggung dengan baik keluarga orang yang berperang maka ia memperoleh pula 
seperti pahala orang yang berperang.   Dinyatakan dalam hadits Zaid bin Khalid dari 
Nabi (saw)  beliau bersabda: 
 “Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala 
ovang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya. “  
(hadis Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi). 
Puasa dan sedekah bila dikerjakan bersama-sama  merupakan sebab masuk Surga. 
Dinyatakan dalam hadis Ali radhiallahu ‘anhu, bahawa Nabi(saw) bersabda:  
“Sungguh di Surga terdapat ruangan-ruangan yang bagian luarnya dapat dilihat dari 
dalam dan bagian dalamnya dapat dilihat dari luar. “ Maka berdirilah kepada beliau 
seorang Arab Badui seraya berkata: Untuk siapakah ruangan-ruangan itu wahai 30
Rasulullah,?jawab beliau: “Untuk siapa saja  yang berkata baik, memberi makan, selalu 
berpuasa dan shalat malam ketika orang-orang dalam keadaan tidur. “ 
 (Hadis Riwayat. At-Tirmidzi dan Abu Isa berkata, hadits ini gharib) 
Puasa dan sedekah bila dikerjakan bersama-sama lebih dapat menghapuskan dosa-dosa 
dan menjauhkan dari api Neraka Jahannam, terutama jika ditambah lagi shalat malam.  
Dinyatakan dalam sebuah hadis bahwa Nabi (saw)  bersabda:  
“Puasa itu perisai dan benteng kokoh yang melindungi seseorang dari api Neraka”.  
(Hadis riwayat Ahmad) 
Dalam hadis lain,  dari Mu’adz(ra) bahawa Rasulullah (SAW)  bersabda: 
“Sedekah dan shalat seseorang di tengah malam dapat menghapuskan dosa sebagaimana 
air memadamkan api” 
(Hadis riwayat At-Tirmidzi)  
Kita maklum bahawa adalah sukar untuk menjaga puasa yang sempurna.  Biasanya tentu 
terdapat kesilapan atau kekurangan.  Maka sedekahlah yang bakal menampung 
kekurangan atau ketidak-sempurnaan ini.   
Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan dan keikhlasan untuk beramal  31
Renungan Ramadhan 16 
Assalamu alaikum warahmatullah, 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Membaca al-Quran adalah satu amalan yang amat digalakkan bagi seorang Islam.  Ini 
ialah kerana al-Quran  ialah kitab Hidayah dari Allah yang diturunkan bagi menjawab 
doa yang kita ulang-ulangkan di dalam surah al-Fatihah: 
“ Tunjukkanlah kami jalan yang lurus”. 
  (surah al-Fatihah: 6) 
maka di jawab oleh Allah: 
“ Alif, Lam, Mim.  Inilah kitab yang tiada keraguan di dalamnya merupakan petunjuk 
bagi orang-orang yang bertaqwa”. 
  (surah al-Baqarah: 1,2) 
Bukankah Puasa Ramadhan diwajibkan untuk membimbing kita ke arah taqwa.. dan kitab 
al-Quran itu merupakan petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. Al-Quran ialah 
petunjuk bagi orang yang bertaqwa yang mana salah satu cara mendapat darjat ketaqwaan 
ialah dengan berpuasa di bulan Ramadhan yang didalamnya diturunkan al-Quran.  Di 
dalam rangkaian ayat mengenai  kewajipan berpuasa, Allah berfirman: 
“ Bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan al-Quran,  sebagai petunjuk bagi umat 
manusia, penerang  kepada petunjuk dan pembeza (anatra haq dan batil).” 
 (surah Al-Baqarah: 185) 
Maka hubungan  di antara petunjuk Ilahi, bacaan al-Quran, puasa dan Ramadhan menjadi 
kian jelas. 
Dalam hadis yang telah di sebut di dalam Renungan Ramadhan  15 juga tertera bukti 
bahawa Rasulullah bertadarrus dengan Jibrail pada bulan Ramadhan. 
Maka adalah wajar untuk kita menjadikan amalan membaca al-Quran sebagai satu 
budaya harian kita di bulan Ramadhan.   Adalah amat digalakkan jika kita boleh 
mengkhatamkan al-Quran   sekurang-kurangnya sekali di bulan Ramadhan.  Dan 
alangkah baiknya jika budaya al-Quran ini boleh diteruskan  pada bulan-bulan  selain 
Ramadhan.   
Alangkah ruginya kita jika kita boleh menghabiskan berpuluh-puluh mukasurat 
suratkhabar, majalah hiburan dan buku cerita tetapi kita enggan menjamah dan membaca 
beberapa potong ayat al-Quran.  32
Walaupun kita digalakkan  memperbanyakkan membaca al-Quran, adalah penting untuk 
kita memastikan agar kita tidak hanya mementingkan kuantiti tetapi juga kualiti bacaan 
kita.  Kita perlu memnjaga adab-adab membaca al-Quran, menghormati hukum-hukum 
tajwid dan membaca dengan tenang dan  teratur.  Allah berfirman: 
“ Orang-orang yang telah kami berikan al-Kitab, mereka membacanya  dengan bacaan 
yang sebenarnya (haqqa tilawatih), mereka itu beriman kepadanya” 
 (surah al-baqarah:121) 
Dan firman-Nya lagi: 
“ Dan bacalah al-Quran dengan tartil”. 
 (surah al-Muzammil: 4) 
Sebab itu, Rasulullah  melarang  kita daripada  mengkhatamkan al-Quran kurang dari 
sekali dalam tujuh hari sebagaimana  dinyatakan oleh Abdullah bin Amr : 
“ Rasullullah (saw)  bersabda kepadaku: “ Bacalah al-Quran dalam masa sebulan.” Aku 
berkata: “ Ya Rasulullah, aku boleh berbuat lebih dari itu”.  Baginda bersabda: “ Bacalah 
dalam tujuh hari, dan jangan kurangkan dari tempoh itu”. 
 (hadis riwayat Bukhari) 
Dalam hadis lain terdapat larangan  mengkhatamkan kurang dari tiga hari. 
Pokoknya,  kita perlu membaca al-Quran  dengan sempurna; sebaik-baiknya khatam 
dalam sebulan yakni satu juzuk sehari tetapi tidak terlalu berkejar-kejaran sehingga 
menurunkan kualiti bacaan kita.   
  
Semoga Allah memberi kekuatan bagi kita untuk mengikuti tuntutan kita untuk 
berdampingan dengan al-Quran sepanjang bulan Ramadhan ini. 33
Renungan Ramadhan 17 
Assalamu alaikum warahmatullah, 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Kita perlu berdamping dengan al-Quran sepanjang Ramadhan; bahkan sepanjang  hidup 
kita seharian. 
Untuk mendapatkan manfaat terbaik dari al-Quran, adalah penting untuk kita memastikan 
kita menghampiri al-Quran dengan cara yang betul. 
Dr. Khurram Murad dalam bukunya “Way to the Quran”  telah meletakkan beberapa prasyarat asas bagi kita mendapat sesuatu yang bermanfaat dari perhubungan kita  dengan 
kita hidayah dari Yang Maha Pencipta ini. 
Pertama:  Hampirilah al-Quran dengan keyakinan yang mendalam bahawa ia adalah 
kalam Allah; Pencipta dan Pemilik Alam Semesta.  Kitab ini bukan buku biasa tetapi ia 
adalah kitab hidayah dari Allah.  Bayangkan keagungan Ilahi dan Rahmat-Nya 
menurunkan kitab ini atas belas ihsan-Nya kepada kita makhluk-Nya yang kerdil di dunia 
fana ini. 
Kedua: Bacalah al-Quran dengan tiada tujuan atau niat selain dari untuk menerima 
petunjuk dari Allah, untuk mendekatkan diri kita kepada-Nya dan untuk mencapai 
keredhaan-Nya.  Apa yang kita akan dapati dari  al-Quran akan bergantung kepada apa 
yang kita niatkan.  Jika kita berniat untuk mendapat hidayah, maka itulah yang kita akan 
diberikan.  Jika kita berniat membaca sekadar untuk keseronokan  kajian ilmiah, untuk 
menunjuk-nunjuk, itu juga yang kita akan perolehi.  Jika kita berniat untuk menunjuknunjuk, maka  sekadar itulah yang kita akan dapati. 
Ketiga:  Pastikan kita sentiasa sedar  dengan nikmat al-Quran yang sedang kita baca dan 
besyukur kepada Allah ke atas pemberiannya itu.  Apabila kita  insaf akan nilai al-Quran 
yang berada di tangan kita, semakin mudahlah bagi kita menerima saranan, arahan dan 
pengajaran yang terkandung d dalam ayat-ayatnya. 
Keempat:  Terimalah dengan yakin tanpa sebarang keraguan setaiap ilmu dan petunjuk 
yang terkandung di dalamnya.  Dengan pasrah,  penyerahan yang total, kita  menerima 
segenap kenyataan dan arahan yang diberikan.  Tiada  bahagian di dalam al-Quran yang 
kita tolak sebagai tidak relevan atau tidak sesuai dengan  zaman moden.  Tiada tempat di 
dalam al-Quran yang bercanggah dengan ilmu sains yang  sahih. 
Kelima:  Sediakan diri untuk memahami dan menurut segenap titah perintah di dalam alQuran dan menukar cara hidup kita yang sedia ada jika perlu.  Untuk memahaminya, 
maka  perlulah kita cuba memahami bahasa Arab.  Jika itu tidak mungkin, kita boleh 34
membaca terjemahan, atau tafsir atau merujuk kepada pihak yang mempunyai ilmu 
mengenai itu.   
Keenam:  Sentiasa ingat bahawa Shaitan akan sentiasa mencari jalan untuk menghalang 
kita dari  mendekati al-Quran dan menyebokkan  diri-diri kita dengan hal-hal lain yang 
tidak memberi manfaat kepada dunia dan akhirat kita. Shaitan juga akan berusaha 
memalingkan kita dari cuba mamahami dan mengahyati ajaran-ajaran yang terkandung di 
dalam al-Quran. 
Ketujuh:  Yakinlah dengan Allah yang akan membimbing kita ke arah mendapat pahala 
yang besar dari bacaan al-Quran kita.  Dengan rahmat Allah-lah kita menerima anugerah 
al-Quran dan dengan rahmat Allah jugalah kita akan dibimbing untuk membaca, 
memahami dan memperolehi hidayah darinya. 
Semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada kita untuk membolehkan kita 
memperbaiki kualiti bacaan al-Quran kita  kali ini. 35
Renungan Ramadhan 18 
Assalamu alaikum warahmatullah, 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Kita  semua maklum bahawa al-Quran diturunkan oleh Allah di bulan Ramadhan.   
Para ahli  seerah menerangkan bahawa pada satu malam di bulan Ramadhan, ketika Nabi 
(saw) sedang bertahannuth di gua Hira’  turun malaikat Jibrail menyuruh baginda 
membaca. 
Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang  menciptakan, Dia telah menciptakan 
manusia dengan segumpal darah. Bacalah, dan Rabbmulah Yang Paling Pemurah, Yang 
mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. 
(surah al-Alaq:1-4) 
Rata-rata umat Islam maklum akan kisah  penurunan wahyu pertama ini.  Kita sering 
membaca ayat-ayat ini tetapi mungkin kita kurang memahami implikasinya yang 
mendalam.  Kita kurang menyelami makna  kepada wahyu pertama ini.  Mungkin itu 
salah satu sebab, kita kurang mengambil endah kitab wahyu yang kini berada di dalam 
almari atau di atas rak mengumpul debu. 
  
Menurut Sayyid Qutb dalam kitab Tafsirnya, Fi Zilal Quran, peristiwa penurunan wahyu 
pertama ini ini amat bermakna serta mempunyai implikasi dan kepentingan yang amat 
besar.  Menurut beliau “ tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa peristiwa ini adalah 
peristiwa terbesar dalam sejarah kewujudan umat manusia!”. 
Hakikat sebenar peristiwa ini ialah Allah (swt), Yang Maha Agung, Maha Perkasa 
dengan sifat pemurah dan  rahmah-Nya,  telah  mengambil berat tentang makhluk-Nya 
yang bernama manusia yang menghuni setitik  planet bernama  bumi  di pinggir 
cakrawala yang luas ini.  Allah telah dengan rahmat-Nya lagi sekali dan bagi kali terakhir 
memilih salah seorang dari penghuni tersebut untuk menerima cahaya  rabbani dan 
melantiknya  menjadi pendokong kepada risalah-Nya. 
Ini adalah peristiwa yang amat besar  ertinya.  Jika dibayangkan kekerdialan kita sebagai 
manusia dan kebesaran dan ketinggian Allah sebagai Pencipta dan Pemilik Alam 
Semesta, maka makin jelaslah bahawa keperihatinan Allah  terhadap makhluk yang 
berada di ceruk terpencil di dalam cakarawala ini merupakan pancaran dari sifat 
Penyayang Allah. 
Pada malam penurunan  ayat-ayat awal surah al-Alaq ini,  Allah membuat hubungan 
secara langsung dengan  seorang manusia di bumi.  Pada malam ini, Allah endah (care) 
terhadap manusia.  Pada malam ini, bumi disirami dengan kalimah Allah.   36
Peristiwa besar ini membawa perubahan yang besar  kepada kehidupan manusia dan 
dunia.  Ia menjadi titik tolak  di mana manusia lagi sekali diseru kembali untuk melihat 
kepada Allah sebagai sumber hidayah; sumber peraturan kehidupan.   Para sahabat Nabi 
(saw) tahu bahawa  inilah sahaja tempat mereka mengambil sumber untuk setiap hukum, 
peraturan atau cara hidup yang mereka akan jalani.   
Dan perhubungan yang mulia ini berterusan sehingga 23 tahun. 
Para sahabat memahami hakikat ini.  Mereka  jelas kedudukan dan keistimewaan yang 
mereka kecapi.  Dan mereka tahu  perhubungan dengan Yang Maha Tinggi ini berakhir 
dengan kewafatan  Nabi (saw). 
Anas menceritakan bahawa Abu Bakar (ra) berkata kepada Umar (ra) selepas kewafatan 
Nabi (saw).  “Marilah kita menziarahi Ummu Ayman (Pengasuh Nabi) seperti mana yang 
sering dibuat oleh Rasulullah (saw).”  Apabila mereka menemui Ummu Ayman, beliau 
menangis.  Mereka berkata, “ Kenapa anda menangis sedang kan anda tahu bahawa  
berada di sisi Tuhan adalah  lebih baik bagi Nabi?” . Beliau menjawab: “ Benar! Tetapi 
aku menangis kerana dengan kematian Baginda, wahyu dari langit kini tidak lagi turun!”  
Air mata berlinangan dan ketiga-tiga mereka pun menangis. 
 (hadis Riwayat Muslim) 
Demikian kefahaman yang ada pada para sahabat tentang betapa  bermaknanya wahyu 
Ilahi. 
Wahyu itu kini masih ada di tangan kita.   Cuma sejauh manakah kita kini menghargai 
wahyu suci tersebut; membacanya, menyelami maksudnya dan menghayatinya dalam 
mengatur kehidupan kita di muka bumi ini.   37
Renungan Ramadhan 19 
Assalamu alaikum warahmatullah, 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Wahyu suci yang diturunkan kepada Nabi  Muhammad pada  bulan Ramadhan di Gua 
Hira’ merupakan  titik tolak penting dalam sejarah umat manusia.  Wahyu yang bermula 
dengan menyuruh manusia membaca, “Iqra’ “  mempunyai makna yang mendalam. 
Sepanjang 23 tahun perhubungan langsung tersebut, Allah telah menurunkan al-Quran 
secara beransur-ansur.   
“Kami (Allah) turunkan al-Quran itu terpisah-pisah supaya engkau bacakan kepada 
manusia dengan perlahan-lahan dan kami turunkannya sedikit demi sedikit.” (Surah alIsra’: ayat 106)  
Di sisi Allah, faktor atau dimensi masa  tidak mempunyai apa-apa makna kerana Dia  
Maha Mengetahui dan Maha Meliputi.  Namun,  bagi kita makhluknya yang kerdil, 
tempoh masa tersebut begitu penting.  Sepanjang tempoh  tersebutlah kita  merasa begitu 
istimewa kerana kita mempunyai saluran yang langsung kepad/daripada Allah melalui 
Rasul-Nya.   
Sebelum peristiwa malam tersebut, dunia tenggelam dalam kegelapan.  Tamadun Yunani, 
Rom dan Parsi  berada di ambang keruntuhan.  Tamaddun Mesir dan Mesopotamia hanya 
tinggal kesan sejarah.  Tamadun China dan India juga sedang  berada di jurang  
kemusnahan.    
Peristiwa malam tersebut merubah sejarah umat manusia.  Tiba-tiba Allah memberikan 
cahaya kepada alam semesta, memilih Nabi-Nya dari kalangan bangsa Arab.   
Orang Arab  yang asalnya tidak bertamaddun,  menyembah berhala, menanam anak 
perempuan hidup-hidup, kaki judi, perempuan dan arak.  Bertenung nasib dan  menindas 
yang lemah adalah budaya seharian mereka.   Tetapi setelah mereka menerima siraman 
cahaya ayat-ayat yang diturunkan sedikit demi sedikit, mereka berubah menjadi orang 
yang paling mulia, paling bertamaddun sehingga  menjadi pemimpin empayar yang 
meliputi  dua pertiga dunia. 
Bermula dari  pengisytiharan “Iqra “ oleh Jibrail pada malam yang penuh berkat tersebut, 
sejarah manusia  berubah wajah.  Bahkan,  banyak kemajuan kini dalam pelbagai bidang 
sains, teknologi, geografi, matematik dan seumpamanya  boleh dikesan sebagai 
bersumber daripada  usaha-usaha awal umat Islam yang digerakkan  oleh wahyu pertama,  
‘Iqra’. 38
“Iqra’ “ yang diturunkan di malam Lailatul Qadr telah menggerakkan mereka, memberi 
nafas baru kepada mereka, memberi semangat waja kepada mereka, memacu mereka 
menjadi pemimpin dunia. 
Marilah kita mengambil  semangat dari  gugahan ‘Iqra’ “ ini dengan kita memacu diri 
kita ke  hadapan, menjalankan titah perintah-Nya dan membela  agamanya agar kita  
dapat mengembalikan tamaddunnya yang gemilang. 
Di mana kita hendak bermula?   
Kita boleh mulakan dengan diri kita.  Marilah kita sama-sama membuat tekad dan azam 
untuk membaca al-Quran, Wahyu Ilahi ini setiap hari  samada di dalam atau di luar bulan 
Ramadhan.  Kita juga akan berusaha memahami  kalimah Allah ini  melalui terjemahan, 
tafsir atau kuliah dan majlis Ilmu serta  berusaha beramal dan menghayatinya.  Untuk 
mendapatkan kesan terbaik dari bacaan al-Quran kita, kita ikutilah saranan yang 
diberikan di dalam Renungan Ramadhan 17, semoga  Allah merahmati kita. 39
Renungan Ramadhan 20 
Assalamu alaikum warahmatullah, 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Perkara yang menukar arus perjalanan sejarah sering berlaku di dalam bulan Ramadhan.  
Seperti kita lihat dalam  Siri ke 18 dan 19, peristiwa  turunnya al-Quran  begitu bererti 
kepada sejarah umat manusia.  Setelah  al-Quran diturunkan, dengan kommunikasi 
langsung dari Allah, Rasulullah (saw) terus  giat berusaha berdakwah mengajak manusia 
kembali mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah.  Baginda berjaya mendapat 
sokongan beberapa individu tetapi mendapat tentangan hebat dari seluruh kepemimpinan 
Makkah.  Lalu Allah memerintahkan Nabi(saw) berhijrah ke Yathrib dan menjadi 
pemimpin bagi  masyarakat  Madinah. 
Puak anti-Islam Quraish di Makkah tidak berdiam diri.  Mereka tetap berusaha 
menghancurkan gerakan dakwah Nabi (saw). Pelbagai tektik dan cara digunakan  
sehingga akhirnya terjadilah Ghazwah (Perang) Badar. Ghazwah Badar yang terjadi pada 
17 Ramadhan tahun kedua hijrah merupakan satu lagi titik tolak yang penting dalam 
sejarah umat Islam, bahkan sejarah umat manusia.   
Pada saat itu, segerombolan manusia Muslimin bersama  Nabi  mereka; satu-satunya 
kumpulan manusia di dunia yang menyembah Allah yang satu  akan berhadapan dengan 
tentera Quraish yang anti Islam, anti Tauhid, anti penyembahan  kepada Allah sematamata.  Ianya merupakan pertembungan Iman melawan kekufuran, Islam melawan 
jahiliyah, tauhid melawan syirik,  perhambaan kepda Allah melawan perhambaan kepada 
selain Allah. Ini merupakan saat dan ketika  yang amat genting. Ditambah pula dengan 
bilangan dan keadaan  kelengkapan  yang tidak saksama.  Quraish dengan 1000 orang 
tentera; 600 daripadanya berbaju besi, serta 100 ekor kuda dan beratus  ekor unta.  313 
orang tentera Muslimin hanya mempunyai beberapa ekor kuda dan  kira-kira 70 ekor 
unta.  Mereka terpaksa bergilir-gilir untuk menaiki haiwan-haiwan kenderaan tersebut.  
Gentingnya saat itu boleh dilihat daripada do’a Nabi (saw): 
Ya Allah! Inilah tentera Quraish yang datang dengan penuh kesomobongan untuk 
menghalang hamba-Mu daripada menyembah-Mu dan mereka mendustakan Nabi-Mu.  
Ya Allah, berikanlah pertolongan yang Kau janjikan.  Ya Allah! Jika bilangan kumpulan 
yang kecil ini musnah pada hari ini, maka tiadalah lagi manusia yang bakal menyembahMu!” 
Di dalam Surah  al-Baqarah, ketika menceritakan kisah silam mengenai tentera Thalut 
mengalahkan tentera Jalut, Allah mengingatkan kita bahawa kekuatan material tidak 
semestinya menjamin kemenangan.  Kumpulan yang kecil tidak semestinya kalah: 
  40
Orang-orang yang meyakini bahwa mereka  akan menemui Allah berkata: "Berapa 
banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan 
izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar". 
(surah al-Baqarah: 249) 
Kisah yang terjadi di zaman Thalut iaitu pada zaman  Nabi Daud  (as) muda remaja itu 
berulang di medan pertempuran Badar.  Kumpulan Muslimin memusnahkan tentera 
Quraish yang lebih besar beserta pelbagai kelengkapan.  70 orang  termasuk pembesar 
Quraish terbunuh, 70 lagi ditawan sementara Muslimin hanya kehilangan 22 orang yang 
gugur sebagai antara syuhada’ pertama. 
Allah yang Maha Kaya, Maha  Perkasa  memperkenankan do’a Nabi-Nya dan menerima 
pengorbanan dan penyerahan total tenterra Muslimin dan memberi kemenangan kepada 
mereka. 
Marilah kita menghargai jasa dan pengorbanan  Tentera Muslimin di Badar yang melalui 
mereka Allah telah memenangkan agama-Nya dalam pertempuran yang paling genting, 
paling decisive dalam sejarah Islam.  Melalui mereka, dengan izin Allah, kesinambungan 
gerakan dakwah Nabi dapat berterusan sehingga kita kini dapat menikmati nikmat cahaya 
hidayah-Nya.  Sempena mengingati mereka di bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah 
kita mencontohi kegigihan dan kesungguhan serta pengorbanan mereka.    41
Renungan Ramadhan 21 
Assalamu alaikum warahmatullah, 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Perang Badar begitu signifikan bagi sejarah Islam dan individu yang terlibat di dalamnya 
dimuliakan oleh Allah.  Dalam riwayat-riwayat hadis biasanya gelaran “ ahli Badr” 
disebutkan  selepas menyebut nama-nama mereka.   
Para Sahabat Nabi yang terlibat dalam  perang Badar mendapat penghormatan sehingga 
Nabi melarang Umar Ibn Khattab (ra) daripada mengapa-apakan Hatib Ibn Abi Baltaah  
yang cuba memberi amaran awal kepada penduduk Makkah mengenai rancangan Nabi 
menakluk Makkah.  Nabi berkata , “Dia  itu mengikuti perang Badr, betapa hilang 
ingatanmu kalau Allah melihat ahli Badar dan berfirman : “Lakukanlah apa yang kalian 
kehendaki!, sungguh aku telah mengampuni kalian”.    
 (hadis Riwayat Bukhari) 
Rifaa(ra) meriwayatkan:  
Jibrail datang menemui Nabi (saw) dan bertanya: “ Bagaimana pandangan kamu tentang 
ahli Badar di kalangan kamu? “  Nabi menjawab: “ Mereka adalah golongan terbaik di 
kalangan Muslimin.” Jibrail berkata: “ Begitu juga pandangan Malaikat yang turut 
menyertai Perang Badar”. 
 (hadis Riwayat Bukhari) 
Mengapa kedudukan mereka begitu tinggi?   
Mereka ialah orang yang dipilih oleh Allah menjadi pembela agama  dalam keadaan yang 
begitu genting.  Mereka  adalah orang melayakkan diri menerima anugerah dari Allah 
berupa pertolongan langsung dari para malaikat: 
(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Rabbmu, lalu diperkenankan-Nya 
bagimu : "Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu 
malaikat yang datang bertutut-turut". 
    (surah al-Anfaal:9) 
Mereka melayakkan diri kerana mereka telah memberikan segala-galanya untuk Islam.  
Mereka menerima Islam di saat orang lain mencemuhnya.  Mereka pasrah taat kepada 
Allah dan Rasul-Nya.  Mereka benar-benar mengotakan  janji mereka untuk bekorban 
demi mempertahankan Islam.  Mereka bersedia mati kerana mempertahankannya.  
Mereka maju ke depan sekalipun mereka tahu mereka bakal berdepan dengan tentera 
yang jauh lebih besar dan lebih baik kelengkapannya.  Mereka tidak meninggalkan Nabi 
dalam saat genting sedemikian.  Apabila mendapat berita tentang pergerakan tentera 
Quraish, Rasulullah (saw)  bermesyuarat dengan para Sahabatnya.  Lihat apa yang 
dikatakan oleh Miqdad Ibn Amr  (ra): 42
"Rasulullah, teruskanlah apa  yang  sudah  ditunjukkan  Allah. “Kami  akan  bersama  
tuan.  Kami tidak akan mengatakan seperti Banu Israil yang berkata kepada  Musa:  
"Pergilah kamu  bersama Tuhanmu, dan berperanglah. Kami di sini akan tinggal 
menunggu. Tetapi, pergilah engkau dan Tuhanmu,  dan  berperanglah,  kami bersamamu 
akan juga turut berjuang.” 
Demikian ciri-ciri  khusus para ahli Badar yang telah mendapat anugerah yang begitu 
tinggi dari Allah.  Sempena bulan Ramadhan ini, ulangtahun perjuangan mereka, marilah 
kita mencontohi mereka dengan berusaha untuk berkorban setakat kemampuan kita demi 
untuk agama yang tercinta.  Semoga Allah mengurniakan kita sebahagian dari sifat dan 
ciri ahli Badar. 43
Renungan Ramadhan 22 
Assalamu alaikum warahmatullah, 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Kita bersyukur kepada Allah kerana kini kita berada  di sepertiga akhir Ramadhan.  
Dalam tempoh ini, Allah membebaskan ramai manusia dari api neraka.   Peluang untuk 
bebas dari api neraka adalah sesuatu yang significant.  Tidak dapat kita bayangkan siksa 
api neraka yang disebutkan oleh Allah: 
 “Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya 
mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi 
minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah 
minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek.” 
 (surah al-Kahfi: 29) 
Tidak semua orang memperolehi nikmat ini; peluang untuk bebas dari api neraka.  
Sepanjang bulan ini, kita sering membaca di dada akhbar orang mati dengan pelbagai 
sebab.  Kita  mendengar beberapa orang rakan, kaum kerabat, sahabat handai dan kenalan 
kita yang dipanggil menemui Allah setelah beberapa hari berada di bulan Ramadhan.  
Ada di antara kita yang mengalami sendiri mengurus jenazah kerabat, rakan dan taulan 
sepanjang bulan ini.   Itu giliran mereka,  giliran kita pasti akan tiba.  
Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya 
kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), 
yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah 
kamu kerjakan". 
 (surah al-Jumuah:8) 
Kita tidak boleh lari dari maut yang sentiasa membayangi kita.  Cuma buat masa ini, 
Allah masih memberi kita waktu untuk dipergunakan untuk  menghabiskan sisa-sisa usia 
kita di mukabumi ini.  Allah masih memilih kita untuk menyambung nafas kita seharian 
dalam bulan mulia ini.  Allah masih membuka peluang untuk kita mengumpul bekalan 
yang bakal kita bawa apabila kita kembali  kepada-Nya.  Sesungguhnya manusia akan 
mengumpulkan tiga perkara ketika di dunia.  Tiga perkara inilah yang akan 
menghantarkannya ke kubur.  Dua darinya akan kembali; hanya satu yang akan tinggal 
berkekalan dengannya selama-lamanya. 
Anas b. Malik  berkata Rasulullah (saw)  bersabda: Tiga perkara mengiringi jenazah; 
dua darinya akan kembali manakala hanya  satu akan tinggal bersamanya. Yang 
mengikutinya ke kubur ialah kaum kerabatnya, hartanya dan amalan-amalannya.  Kaum 
kerabatnya dan hartanya akan pulang; hanya amalan yang tinggal  bersamanya. 
 (hadis Riwayat Muslim) 44
Harta kita akan dibahagi orang menjadi warisan pewaris-pewaris kita. Ia bukan lagi milik 
kita.  Anak-anak kita akan menjadi orang yang kehilangan bapa atau ibu.  Mereka juga 
akan berkahwin, beranak pinak dan mungkin melupakan kita.  Isteri atau suami kita juga  
bukan lagi menjadi milik kita; bahkan mungkin menjadi milik orang lain.  Yang kekal 
hanyalah amal ibadat yang kita lakukan sepanjang hayat kita dan amal jariah yang tiga: 
Dari Abu Hurairah bahwa Nabi (saw) bersabda: Di antara amalan dan kebaikan yang 
akan terus menghubungi mukmin setelah meninggalnya ialah ilmu yang diajarkan dan 
disebarkannya, anak saleh yang ditinggalkannya, mushaf al-Quran yang diwariskannya, 
masjid yang didirikannya, rumah yang dibangunkannya untuk musafir, telaga yang 
digalinya atau sedekah yang dikeluarkannya  selagi ia sihat ketika hidupnya, semua itu 
terus menghubunginya setelah dia meninggal. 
 (hadis riwayat Ibnu Majah) 
Sementara kesempatan Allah membolehkan kita menyambung usia kita di bulan 
Ramadhan ini, marilah kita melihat diri sendiri dan merenung  tentang persiapan kita 
menghadapi kematian yang pasti datang ini.  Sempena satu pertiga akhir Ramadhan ini, 
marilah kita pertingkatkan amal kita, banyakkan sedekah jariah, banyakkan kerja 
kebajikan, sebarkan ilmu yang bermanfaat dan didiklah anak-anak kita agar mereka nanti 
bakal mendoakan kita apabila amalan lain kita telah terputus.  Semoga dengan itu, Allah 
memberi rahmah, keampunan dan seterusnya membeaskan kita dari azab api neraka. 45
Renungan Ramadhan 23 
Assalamu alaikum warahmatullah, 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Kita tahu bahawa sedekah jariah adalah salah satu  dari amalan yang akan menjadi saham 
bagi kita secara berpanjangan, pahalanya terus menerus masuk ke ‘akaun’ kita hatta 
setelah jasad kita ditelan bumi. 
Kita juga maklum bahawa  bulan Ramadhan ialah bulan Sedekah, seperti yang telah 
disebutkan dalam Siri ini (Renungan Ramadhan 15).  Kita sudah menyebutkan bahawa di 
dalam hadis mengenai  Jibrail datang menemui Nabi (saw) dan bertadarus dalam bulan 
Ramadhan ada dinyatakan bahawa “Nabi (saw)  adalah orang yang paling dermawan, 
dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan,  saat beliau ditemui Jibril untuk 
membacakan kepadanya Al-Qur’an.” 
Mungkin ada di antara kita yang melihat bahwa sedekah adalah untuk orang-orang yang 
kaya dan berharta kerana sedekah semestinya dengan wang ringgit atau harta benda.  
Namun Islam  telah meluaskan konsep sedekah ini kepada semua perkara  yang 
membawa kebaikan kepada diri sendiri dan  orang lain.  Di zaman Nabi (saw) terdapat 
golongan sahabat yang  berharta  mampu untuk bersedekah  harta benda di samping 
mereka melakukan ibadah khusus yang lain.  Perkara ini menimbulkan kegusaran di 
kalangan sahabat yang tidak berharta kerana mereka melihat peluang mereka untuk 
mendapat pahala tidak sebaik rakan-rakan mereka.  Di sini kita lihat  bagaimana  generasi 
tersebut risau kerana  mereka mempunyai peluang tipis untuk menang dalam 
“perlumbaan mencari pahala”.  Bandingkanlah sikap ini dengan sikap kita yang berlumba 
untuk selain dari pahala.  Perhatikan hadis ini: 
Dari Abi Dzar (ra), bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Nabi (saw) 
berkata kepada Nabi (saw) : Ya Rasulullah!  Orang-orang yang mempunyai harta (orang 
kaya) telah (berpeluang) mendapat lebih banyak pahala dari kami.  Mereka sembahyang 
sebagaimana kami sembahyang dan mereka puasa sebagaimana kami puasa dan mereka 
bersedekah dengan kelebihan harta-harta mereka. 
Berkata Rasulullah: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kami sesuatu untuk kamu 
bersedekah? Sesungguhnya setiap tasbih itu sedekah, setiap takbir  itu sedekah, setiap 
tahmid itu sedekah, setiap tahlil itu sedekah, dan menyuruh dengan maaruf itu sedekah 
dan melarang dari yang munkar itu sedekah  dan pada kemaluan seseorang itu juga 
sedekah.  Mereka berkata: Ya Rasulullah!  Adakah seseorang kami menggunakan 
syahwatnya dan baginya pahala pada  perbuatannya itu? Sabda baginda: Apakah 
pendapatmu kalau digunakannya pada yang haram, adakah dosa atasnya? Maka demikian 
pula apabila digunakan pada yang halal, maka baginya pahala 
(Hadis riwayat Muslim) 46
Dalam hadis lain: 
Dari Abu Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (saw) : Tiap-tiap anggota dari 
manusia tertanggung atasnya bersedekah pada tiap-tiap hari yang terbit matahari.  Engkau 
berlaku adil antara dua orang adalah  sedekah, dan engkau menolong seorang lelaki untuk 
menaiki kenderaannya atau menolong mengangkat barang-barangnya adalah sedekah,  
dan perkataan yang baik adalah sedekah, dan tiap-tiap langkah engkau pergi sembahyang 
adalah sedekah, dan engkau membuang bahaya dari jalan juga sedekah.    
(Hadis riwayat Muslim) 
Demikian luasnya ruang lingkup sedekah.  Para Ulama telah menghuraikan hadis ini 
bahawa sedekah terbahagi kepada dua jenis; untuk manfaat diri sendiri seperti tasbih, 
tahmid, perhubungan suami isteri dsbnya dan yang memanfaatkan orang lain seperti 
membuang halangan, ringan tulang membantu orang lain dengan tenaga, berlaku adil dan 
melaksanakan amar maaruf nahi munkar, selain dari sedekah harta benda untuk orang 
yang memerlukan. 
Kita jelas kini bahawa ufuk, jenis dan ruang lingkup untuk bersedekah itu begitu luas.  
Tidak ada sebab untuk kita mengatakan bahawa kita tidak mampu untuk bersedekah 
teruatma di bulan yang berkat ini.  Maka marilah kita bersegera untuk bersedekah dengan 
pelbagai cara mengikut kemampuan kita, terutama mengambil berkat dari Bulan 
Ramadhan yang mulia ini. 47
Renungan Ramadhan 24 
Assalamu alaikum warahmatullah, 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Spektrum sedekah seperti yang dinyatakan di dalam Renungan Ramadhan 23 amat luas.  
Ia meliputi segenap perbuatan dan usaha untuk memanfatkan diri sendiri dan juga orang 
lain.  Secara spesifik, kita boleh memberi manfaat kepada  orang lain  dengan 
memudahkan seseorang, meringankan penderitaannya, atau membantunya ketika ia  
dalam kesusahan, atau sekurang-kurangnya  mengelakkan dari menimbulkan musibah 
atau kesengsaraan  ke atasnya.
  
Termasuk di dalam definisi sedekah tersebut di dalam hadis yang diutarakan di dalam 
Renungan Ramadhan 23 ialah berlaku adil.  Ini bermakna sekiranya kita memastikan kita 
berlaku adil kepada orang lain,  ianya dianggap sedekah.   Kita perlu berlaku adil; adil 
mungkin dari segi hukuman jika kita menghukum, atau adil dalam membahagi jika kita  
orang yang tugasnya membahagi, dan juga adil dalam membuat  kesimpulan, keputusan  
atau telahan dari apa yang kita dengar, atau  baca atau lihat.  Ini kerana jika kita tidak 
berlaku adil, kita menimbulkan kesulitan dan kesengsaraan kepada orang lain. 
Ayat 6 Surah al-Hujurat diturunkan mengenai insiden di mana Muslimin bersedia 
mengambil tindakan terhadap sebuah kabilah kerana mendengar satu berita daripada 
seorang tanpa meneliti kesahihan berita tersebut:  
"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasik dengan sesuatu 
berita, selidikilah, agar kamu tidak mendatangkan musibah kepada sesuatu kaum dalam 
kejahilan dan kemudian kamu menyesali kesan tindakan kamu tersebut." 
            (surah  al-Hujurat:9) 
Dalam ayat ini, kita tidak dibenarkan membuat sebarang  judgement, apa lagi tindakan 
terhadap seseorang individu atau sesuatu kaum (atau organisasi atau badan) tanpa kita 
memastikan kesahihan maklumat yang diberikan kepada kita.  
Kadang-kadang kita tidak berlaku adil dalam  menyebarkan berita. Kita mendengar berita 
melalui saluran-saluran tertentu dan terus  menyebarkannya tanpa  usul periksa, tanpa 
menyemak kesahihannya.  Padahal kita dilarang dari menelan bulat-bulat apa yang  kita 
baca, dengar atau lihat.  Sebaliknya, kita diminta menyiasat dan menimbangkan dengan 
teliti sebelum menerimanya; apa lagi menyebarkannya.  Dalam bulan Ramadhan alMubarak ini pun kadangkala terjadi  kita sering  terlalu cepat kita menyebarkan berita 
mengenai sesuatu sebelum kita memastikan kesahihannya. 
Contoh yang ketara yang sering berlaku ialah kisah-kisah sensasi yang sering dilaporkan 
di media cetak.  Ia mungkin berbentuk ‘skandal’ yang seringkali melibatkan artis dan 
ahli-ahli politik.  Kita perlu bersabar mengekang semangat kita yang mahu terus 
menghukum individu berkenaan tanpa memastikan kesahihan berita berkenaan.  Begitu 48
juga dengan kisah-kisah pelik, aneh dan menakjubkan seperti yang sebahagiannya sering 
diceritakan oleh sebahagian guru-guru agama dan pendakwah.  Berhati-hatilah ketika 
menerima, mempercayainya, membuat kesimpulan  atau menyebarkannya kisah-kisah 
sedemikian.  Biar siapapun yang mula mencetuskannya, kita mengundang dosa sekiranya 
kita menyebarkan  sesuatu yang tidak benar-benar berlaku. 
Dalam zaman canggih ini, kita boleh menyebarkan berita melalui internet ke seluruh 
dunia hanya dengan memetik beberapa butang papan-kunci komputer.  Oleh itu, kita 
lebih perlu berhati-hati kerana berkemungkinan kita menyebarkan pendustaan yang akan 
disebarkan pula oleh orang lain dan seterusnya. 
Misalnya, terdapat manusia atau organisasi yang dizalimi kerana penyebaran maklumat 
tanpa sandaran; apa lagi melalui internet.  Misalnya sebuah  institusi kewangan Islam 
pernah difitnah di internet sebagai terlibat dengan perusahaan arak.  Penyebaran berita 
sedemikian akan menyebabkan kita melakukan ketidakadilan kepada institusi kewangan 
berkenaan dan menimbulkan keraguan di kalangan pelabur.   
Satu ketika dulu di internet pernah juga  disebarkan berita mengenai  salah seorang 
pelakon sebuah filem  kanak-kanak yang terkenal masuk Islam dan kemudiannya di 
bunuh.  Tetapi alangkah terkejutnya kita apabila kita dimaklumkan bahawa pelakon yang 
sama baru-baru ini berlakon di dalam filem turutan (sequel),  beliau masih hidup dan 
kelihatannya belum Muslim.  Berita ‘tokoh terkenal masuk Islam’ seperti ini telah 
beberap kali terjadi dan apabila didapati  palsu menjadi bahan momokan di kalangan 
pendakyah agama lain. 
Sempena bulan Ramadhan ini, marilah kita bertekad untuk berlaku adil dengan segenap 
perkara.  Sempena memburu lailatul Qadr ini, marilah kita berusaha untuk memastikan 
kita lebih berhati-hati dalam menyebarkan berita; agar kita tidak sampai menzalimi orang 
lain. Sempena malam-malam akhir Ramadhan  ini, marilah kita berdo’a agar Allah 
menyerlahkan keadilan dan kebenaran  dan melenyapkan kezaliman dan ketidakadilan. 49
Renungan Ramadhan 25 
Assalamu alaikum warahmatullah, 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Dalam Renungan Ramadhan 24, kita telah melihat bahaya kita menybarkan.. 
Begitu juga dalam kes menggalakkan amal.  Kadangkala, demi menggalakkan manusia 
beramal, risalah-risalah yang menerangkan  fadilat amal disebarkan tanpa sebarang 
sokongan bukti.  Sebagai contoh, banyak buku atau poster-poster yang dijual di banyak 
kedai dan ditampal di sebahagian surau atau masjid mengenai fadilat solat, amalan atau 
zikir tertentu contohnya juga terlalu banyak menjanjikan  ganjaran tanpa menyebutkan 
sumber hadis atau ayat yang menjadi asas kepada janji tersebut.  Benar ulama’ 
membenarkan penggunaan hadis dhaif dalam menggalakkan amal tetapi seringkali apa 
yang  dikatakan ‘hadis’ tersebut tidak pun mencapai taraf dhaif; bahkan ada yang palsu 
dan tidak diketahui asal usulnya.  Banyak dari apa yang dikatakan ‘hadis’ itu tidak dapat 
dipastikan siapa yang mengatakan demikian atau Imam Hadis mana yang 
meriwayatkannya? 
Renungan Ramadhan 26 
Assalamu alaikum warahmatullah, 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Di dalam ayat Surat Al-Baqarah ayat 183 yang sering dibaca pada awal Ramadhan, Allah 
mewajibkan puasa dengan berfirman: 
“ Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa… 
Perkataan “kutiba ‘alaikum..” yang digunakan mempunyai erti ‘diwajibkan’.. 
Gaya bahasa “ kutiba”ini telah digunakan oleh Allah dalam ayat-ayat lain.  Misalnya, 
dalam surah al-Baqarah ayat 178, Allah berfirman: 
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu qisas… (kutiba 
‘alaikumulqisas…) 
Dalam surah Al-baqarah: 180 pula Allah menyebutkan tentang kewajipan berwasiat: 50
“Diwajibkan ke atas kamu, apabila sesorang kamu didatangi maut sedang kamu 
mempunyai harta agar ia berwasiat …(kutiba ‘alaikum…) 
Dalam ayat 216 Surah Al-Baqarah pula, disebutkan: 
“Diwajibkan ke atas kamu berperang… (kutiba ‘alaikumul qital …) 
Dalam bentuknya yang berlainan sedikit,  Allah menyebutkan kewajipan sembahyang 
dengan firman-Nya dalam Surah Annisa’ayat 103: 
“Sesungguhnya solat itu telah diwajibkan ke atas orang mukmimin pada waktu-waktunya 
yang tertentu (Kitaaban Mauquta) ”. 
Ayat-ayat mengenai hukum hudud ‘merompak’ dan ‘mencuri’ disebutkan oleh Allah 
dalam Surah Al-Maidah ayat 33-34 dan  38-39. Dalam ayat-ayat yang sebelum dan 
selepas ayat-ayat ini, Allah menerangkan tentang kewajipan hukum hukum ke atas Bani 
Israel juga dengan perkataan “katabna” (telah kami wajibkan) 
Bentuk ayat yang dengannya Allah mewajibkan puasa adalah sama dengan bentuk ayat 
Allah di mana Allah menyebutkan beberapa perkara lain; qisas, wasiat, perang. Dalam 
bentuk yang hampir sama, solat disebutkan  sebagai wajib pada waktu yang tertentu. 
Dalam bentuk yang lain, perkataan “katabna”  menjadi sebahagian dari ayat-ayat Allah 
yang berkaitan dengan hukum-hukum hudud. 
Hukum-hukum Islam bersifat sepadu. Kita wajib meyakini kesepaduan hukum-hukum 
yang diturunkan oleh Allah; tidak mengambil sebahagian atau menolak sebahagian. 
Mengambil atau menerima atau mengamalkan sebahagian dari ayat-ayat Allah dan 
menolak sebahagian lain adalah sama dengan beriman dengan sebahagian dan menolak 
sebahagian hukum Allah. Allah memberi amaran seperti tertera dalam firman-Nya di 
dalam ayat 85 Surah Al-Baqarah: 
“Apakah kamu beriman kepada sebahagian dari Kitab dan kufur terhadap bahagian lain? 
Tiadalah balasan bagi sesiapa di antara kamu yang melakukan demikian kecuali kehinaan 
di dalam kehidupan dunia manakala pada hari akhirat mereka di kembalikan kepada azab 
yang keras” 
Ayat ini diturunkan mengenai orang-orang Yahudi di Madinah yang mengamalkan 
sebahagian suruhan Allah manakala mengabaikan arahan yang lain. Allah menganggap 
mereka sebagai beriman dengan sebahagian kitab dan kufur kepada sebahagian yang lain. 
Bagi mereka yang sedemikian, Allah memberi amaran hukuman di dunia dan akhirat. 
Oleh itu, kita perlu bersedia menerima dan mengamalkan bukan sekadar kewajipan puasa 
dan solat tetapi juga semua hukum-hakam  yang terkandung di dalam di dalam syariat 
yang ter’maktub’ di dalam al-Quran dan Sunnah Nabi (saw). 
Semoga Allah (swt) membantu kita memahami dan mengamalkan agama-Nya. 51
Renungan Ramadhan 27 
Assalamu alaikum warahmatullah, 
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Kita telah hampir tiba ke penghujung Ramadhan. Saya meminta maaf kerana tidak dapat 
meneruskan penulisan ini sehingga ke hari akhir Ramadhan kerana mulai esok, 
kemampuan saya dari segi masa, sumber rujukan dan juga hubungan ke internet menjadi 
tidak menentu. 
Saya mohon mengundur diri setakat ini. Semua yang baik dari coretan ini adalah daripada 
Allah, yang silap dan salah itu dari kelemahan saya sendiri dengan ini memohon ampun 
dan maaf atas apa juga kesilapan dalam coretan saya. 
Semoga Allah menerima puasa kita, solat kita, doa kita dan semua amalan kita. Semoga 
Allah membantu kita untuk meneruskan amalan-amalan ini secara berterusan sepanjang 
tahun; biarpun sedikit sebagaimana di dalam hadis Aisyah (ra) yang berkata yang 
maksudnya "Ditanya Nabi (saw) tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah. 
Baginda bersabda: "Amalan yang berterusan walaupun sedikit." 
(Hadis riwayat Bukhari) 
SELAMAT HARI RAYA .. Maaf Zahir Batin 
Wabillahi taufik wal Hidayah.