Followers

Sunday 30 September 2012

Perginya Seorang Hamba ALLAH yang membuat kita menginsafi Diri Yasmin J Hunwick ( Islam Itu Indah )

Assalammualikum Warahmatullahiwabarakatuh... :) Alhamdulillah... :)

Rasanya mcm dah lama x update blog nie... Besa la ana nie bukan sorang blogger yg tegar yg flow pn x byk 1 org je :)... ( dlm hati tersenyum simpul...muka blurrr kening sebelah naik atas... mcm na hati blh tersenyum simpul kan3... ) ok la nak pergi ke cerita yg ingin ana sampaikan kpd soma pembaca blog sekalian... Ana dah banyak membaca cerita tentang sorang demi sorang Hamba Allah pergi meninggalkan Dunia & kembali ke tempat asal kita... Alhamdulillah di saat ini kita masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di bumi Allah yg hanya sementara... Alhamdulillah... Alhamdulillah...Alhamdulillah... ( Ya Allah ana bersyukur diatas kebesaran-Mu...)

 Kisah Arwah Yasmin J Hunwick telah membuat hati ana ingin mencari siapakah gerangan Hamba Allah yang bernama Yasmin J Hunwick ini....

Kisah Yasmin J Hunwick


pada mulanya ana tertanya2 siapa kah Hamba Allah yang bernama Yasmin J Hunwick??? bermain dibenak ini... terkenal kah Hamba Allah yang sorang nie??? kenapa Hamba Allah ini hangat diperkatakan... terasa hati ini ingin mengenali dirinya... lepas je baca2 artikel tentang Hamba Allah ini tangan terus search mencari siapakah gerangan dirinya... x lama jumpa tersenyum simpul bibir ini tika melihat raut wajahnya SUBAHANALLAH... berseri sungguh wajahnya... sempurna sungguh ciptaan mu Ya Allah... tetapi senyuman yang terukir dibibir ana kala itu hanya seketika cuma... melihat tajuk besar " Mimpi Ngeri Blogger Yasmin J Hunwick 2 Bulan Sebelum Ajal " terdetik hati ini Ya Allah Engkau telah mengambil Hamba-Mu ini di dalam usia yang begitu muda... tetapi ana tau ajal ini tidak kira muda atau tua jika Engkau berkehendakkan dia kembali kepada-Mu tidak siapa pun dapat menghalangnya... ALLAHUAKHBAR!! masih kah ada hari esok buat diri ini untuk terus bernafas dibumi-Mu ini Ya Allah...benak ana berfikir... :(    (Ya Allah, akan aku perkuatkan amalanku kepada-Mu...Moga Allah sentiasa merahmatiku dan seluruh muslimin dan muslimat.... )

Sebelum Perginya Arwah 


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. 
 
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 
 
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. 
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 
 
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 
 
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
 
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 
 
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 
 

Kematian Sebagai Iktibar


pusara Arwah Yasmin J Hunwick


Tidak seorang pun di antara kita yang terlepas dari kematian. tidak seorang pun di antara kita yang tidak melangkah menuju kematian, tidak seorang pun di antara kita yang tidak melangkah menuju kematian, tidak seorang pun di antar kita yang tidak menjalani masa-masa tersebut, demi Allah kita benar-benar akan merasakannya. para pendahulu kita benar-benar telah merasakannya, baik itu para penguasa mahupun rakyat jelata,baik itu pemimpin mahupun bawahan, baik orang kaya mahupun orang miskin. semua umat pasti akan merasakan kematian...

Allah SWT berfirman dalam surah Maryam: ayat 98 yang bermaksud :-
" Dan amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang kami telah binasakan sebelum mereka; engkau tidak menyedari ataupun mendengar suara yang sayup bagi seseorang pun dari orang-orang yang telah dibinasakan itu. "



 Jenazah Berdarah ( Meninggal Dalam KHUSNUL KHOTIMAH).


Pertama: Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang ucapan terakhirnya ‘Laa ilaaha illallah’, maka dia masuk syurga.” (Hadis Hasan)

Ke-2: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah bin Khusaib RA bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: “Allahu Akbar!, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya.” (Hadis Sahih)

Ke-3: Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur.”

Ke-4: Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana ertinya: “Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurniaNya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman.” (QS Ali Imran:169-171)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Orang yang syahid mendapatkan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama; diperlihatkan tempatnya dalam syurga; dijauhkan dari seksa kubur; diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat; dipakaikan mahkota keimanan; dinikahkan dengan bidadari syurga; diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”

Ke-5: Mereka yang meninggal dunia ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Apa yang kalian nilai sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah, siapa yang terbunuh di jalan Allah, maka dia syahid. Beliau berkata: Jadi sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit.” Mereka berkata: “Lalu siapa mereka Ya Rasulullah?” Baginda bersabda: “Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana penyakit perut syahid dan orang yang tenggelam syahid.”

Ke-6: Mati kerana satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa hadis antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Wabak taun adalah kesyahidan bagi setiap Muslim.”

Ke-7: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadis di atas.

Ke-8 dan ke-9: Mereka yang mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi SAW: “Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah.”

Ke-10: Matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit RA bahawa Rasulullah SAW menjenguk Abdullah bin Rawahah RA dan berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: “Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku?” Mereka berkata: “Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid.” Baginda berkata: “Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga).”

Ke-11 dan ke-12: Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’: “Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak taun syahid; yang tenggelam syahid; yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid; yang sakit perut syahid; yang mati terbakar syahid; yang mati terkena runtuhan syahid; dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid.”

Ke-13: Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Terbunuh di jalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid.” (Hadis Hasan)

Ke-14: Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat: barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh,) maka dia syahid.”

Ke-15 dan ke-16: Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya: Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid.”

Ke-17: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga-jaga di perbatasan) di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah SAW bersabda: “Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamullail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan diamankan dari fitnah.”

Ke-18: Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mengucapkan: ‘Laa ilaaha illallah’ mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa yang bersedekah dengan satu sedekah mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga.”

Ke-19: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya: Rasulullah SAW bersabda: “Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuhnya.” Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan disahihkannya, dan Al Khatib.

Semoga kita dimatikan di dalam Khusnul Khotimah dan dijauhkan kematian di dalam Suul Khotimah. Amien, Ya Rabbal ‘Alamin...

Wallahua'lam...





Yasmin J Hunwick Semoga Antum Tenang Di alam sana... Al-fatihah Buat Antum...








"Wahai Allah, ampunilah Yasmin Johan Eusoffe, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya." Aamiin3 Ya Rab'bil Aalamiin...

Buat Keluarga Arwah


semoga antum terus sabar & redha dengan ujian Allah ini ... sesungguhnya Allah amat menyayangi arwah & antum... ana & keluarga di sini ( kota kinabalu sabah ) akan terus mendoakan arwah agar di tempat kan di kalangan golongan orang2 yang beriman... tabahkan hati atum sekeluarga, & rela kan arwah pergi... walaupun arwah tidak berada di hadapan antum tetapi arwah tetap ada dekat dihati antum sekeluarga... :)

Peringatan Buat Diri Ana & saudara2 semuslim Ana...



"...malam ketidaksedaran kamu akan melihat terangnya hari siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi kenangan dan “bertaubat di awal pagi” terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yang dihabiskan di dalam lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi hari dan kamu akan mendengarnya berkata: Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.."

 Islam Itu Indah...

By Azaniah Binti Azman-89-... 

Facebook : Azaniah Binti Azman ( http://www.facebook.com/samamy8987 )
Facebook : Azaniah Binti Azman II ( http://www.facebook.com/azaniah.azmaniah )







Thursday 20 September 2012

ALHAMDULILLAH...


1. Catriona Ross

Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.

Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.

Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.

"Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.

"Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya.

"Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang.

Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang ada hanya selendang.

Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala.

"Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak kecil.
"Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan keputusan saya.

"Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan.

"Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan?

"Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.
"Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham," kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir.

2. Irma Hasmie

“Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.

“Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga.

“Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini,” jelas Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia Irma. Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia

Berdoa di Mekah
Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin.

“Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ini.

“Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat sendiri betapa hebat dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang untuk berdoa, macam-macam doa saya minta.

“Slma 29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik,” jelas Irma yang turut memohon ditenangkan hati setiap masa.

3. Abby Abadi

“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya. Segala-galanya dipermudahkan.

“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling.Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia kala.

Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.
Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.Ada saja halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan

.“Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah
.
“Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak.Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah.

4. Diana Amir

“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.

“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,”

“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,”

“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.

“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, “Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,”

“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”

Saturday 15 September 2012

Masuk Syurga Kerana Rahmat Allah dan Amal Saleh Yang Dikerjakan


Apabila kita menjadikan syurga Allah sebagai tumpuan, nescaya kesempitan ataupun kelapangan dunia ini tiada bezanya. Orang yang mengejar syurga merasakan ringan segala bentuk bencana yang menimpanya, begitu juga jika nikmat datang mencurah-curah tiadalah terasa hatinya terlalu gembira. Semuanya serba terkawal dalam suasana hati yang tenang dan reda. Firman Allah SWT yang bermaksud: ”Supaya kamu tiada berdukacita terhadap apa yang luput darimu dan supaya kamu tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.” Surah al-Hadid: Ayat 23.

Akan tetapi jika tumpuan hanya diarahkan kepada dunia semata-mata, sungguh kita akan berasa letih dan penat mengejarnya. Segala usaha terasa tak berbaloi dengan hasil yang serba kurang dan tidak memuaskan hati. Setiap kali memperoleh kejayaan pada satu sisi, maka di sisi yang lain nampak sungguh kekurangannya. Ada orang yang mengejar karier dan mampu berada di tangga teratas dalam kerjayanya, namun keluarga terpaksa dikorbankan. Begitulah dunia yang serba terbatas.

Firman Allah SWT yang bermaksud: ”Sesungguhnya perumpamaan kehidupan di dunia ini seperti air yang turun dari langit, maka tumbuh daripadanya tanaman yang dimakan manusia dan haiwan ternakan. Dan ketika bumi telah berhias indah sehingga penduduknya merasa telah berkuasa sepenuhnya, tiba-tiba datanglah bencana yang kami turunkan pada waktu malam dan siang hari.” Surah Yunus: Ayat 24.

Tiada yang kekal dalam kenikmatan selagimana kita masih hidup di atas dunia. Tetapi tidak mustahil memperoleh kebahagiaan di dunia yang berlanjutan hingga ke akhirat. Jika kebahagiaan dunia yang kita cari, jadikanlah gambaran syurga sentiasa tersemat di dalam hati. Rasulullah SAW sering menceritakan nikmat syurga kepada para sahabat baginda supaya mereka lebih bersungguh-sungguh beramal saleh. Mana mungkin ada insan yang beramal semata-mata kerana cinta pada Allah tanpa mengharapkan syurga-Nya. Hal ini adalah penyelewengan pemahaman yang tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Tugas seorang hamba adalah beribadat kepada Allah SWT untuk mendapatkan keredaan dan ganjaran daripada-Nya. Persoalannya, dengan apakah syurga dapat dimiliki?

1. Rahmat Allah SWT.
Hanya dengan rahmat Allah SWT manusia selamat dunia dan akhirat. Bagaimana mungkin amalannya boleh menjamin dirinya layak untuk memiliki syurga Allah SWT? Sepertimana sabda baginda SAW yang bermaksud: “Seseorang dari kalian tidak akan masuk syurga kerana amalnya, dia akan memasukinya kerana rahmat Allah.” Para sahabat bertanya: Dan termasuk Engkau juga wahai Rasulullah? Baginda bersabda: ”Ya, termasuk aku kecuali Allah telah menyelimutiku dengan rahmat-Nya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Mengapa berasa hebat dengan amal yang banyak sedangkan kita tidak tahu adakah amal itu diterima atau ditolak? Penyakit orang yang beramal biasanya ujub dan riyak. Melihat orang lain sedikit amalan daripada dirinya lalu timbul kesombongan dalam hati dan suka merendah-rendahkan mereka. Hanya amal yang ikhlas dan mengikut Sunnah sahaja yang diterima Allah sebagai amal saleh. Betapa ruginya manusia yang beramal tetapi mendapati amalannya itu seperti debu ditiup angin. Allah berfirman yang maksudnya: ”Katakanlah (Wahai Muhammad) Apakah akan kami terangkan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi amalannya? Iaitu orang-orang yang telah menyia-nyiakan amalannya dalam kehidupan ini sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.” Surah al-Kahfi: Ayat 103-104.

2. Amal saleh menentukan tingkatan syurga yang layak diduduki.
Al-Imam Ibnu al-Qayyim mengemukakan pandangan tentang firman Allah SWT yang bermaksud: ”Dan itulah syurga yang diwariskan kepada kalian disebabkan amal-amal yang dahulu kalian kerjakan.” Surah al-Zukhruf: Ayat 72. Jika ayat ini digandingkan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Tidak masuk syurga salah seorang dari kamu dengan amalnya melainkan dengan rahmat Allah.” Kedua-duanya kelihatan seolah-olah bercanggah satu dengan yang lain, namun al-Imam Ibnu al-Qayyim menegaskan maksud keduanya adalah benar. Allah SWT memasukkan mereka ke syurga kerana rahmat-Nya tetapi bukan bermakna amal saleh yang telah dilakukan itu tiada berguna sama sekali, bahkan penghisaban akan dilakukan untuk menentukan di manakah tempat yang layak diduduki, kerana syurga ada lapan pintu dan tingkat yang masing-masing mempunyai kelebihan. Orang yang terbaik dan terbanyak amalannya tentulah menjadi jiran kepada para Nabi dan syuhada’ di dalam Jannatul Firdaus, sedangkan yang lebih rendah dari mereka akan menduduki tingkatan syurga di bawahnya.

Hujah ini menolak anggapan orang yang hanya memegang prinsip percaya kepada Allah SWT tetapi meninggalkan apa yang difardukan dalam beribadat. Bagi mereka, sembahyang boleh ditinggalkan, tidak mengapa asalkan hati beriman kepada Allah Yang Maha Penyayang. Sesungguhnya iman mereka telah tertolak, bagaimana mungkin Allah SWT merahmati mereka jika diri mereka suka bermaksiat dengan meninggalkan perintah Allah SWT dan ternyata iman mereka itu hanyalah omong kosong dan permainan belaka. Mereka mahu menipu Allah SWT sedangkan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Sebagai hamba-Nya yang saleh kita beribadat dengan satu matlamat mendapatkan rahmat-Nya demi syurga yang dijanjikan.
SYURGA ALLAH BUKAN TEMPAT BAGI ORANG YANG SOMBONG


Zaman terus berputar menentukan naik turunnya keadaan seseorang. Yang miskin menjadi kaya, yang rendah pangkat menjadi tinggi jawatannya, dulu orang tak kenal sekarang sudah menjadi terkenal, disanjung dan dihormati kerana status atau kebolehan yang cemerlang di mata manusia. Tetapi bagi mereka yang duduk di atas singgahsana masing-masing, kadang-kadang ia terlalu terpesona oleh dirinya sendiri. Apabila melihat sesuatu yang kurang sempurna, timbul rasa tak selesa kerana diri sudah terbiasa dengan kesempurnaan. Duduk bersama orang-orang yang miskin terasa bosannya, tetapi ada juga yang suka duduk dengan orang yang ‘kurang’ darinya untuk menunjuk-nunjuk ‘kelebihannya’. Bersembang dengan orang yang tidak setaraf baik dari segi ilmu atau jawatan, terasa pelik dan membuang masa. Kerana diri terlalu dikejar oleh impiannya sendiri supaya dapat melompat lebih tinggi walaupun perlu menzalimi orang lain. Biar orang lain perlukan saya, bukan saya yang perlu kepada mereka!

Betapa kasarnya hati orang yang sombong! Dia lupa bukankah dulu dia miskin lalu Allah memberinya rezeki? Bukankah Allah yang meninggikan darjatnya, mengelokkan sebutan namanya di hati dan di bibir manusia? Apakah dia menyangka semua yang diperoleh semata-mata kerana kepintarannya? Kalau begitu, sama saja orang ini seperti Qarun, Firaun bahkan umpama Iblis laknat yang tunjuk pandai di hadapan Allah menolak perintah-Nya. Sungguh merbahaya sifat sombong yang mulai bercambah di hati. Rasulullah SAW telahpun mengingatkan para sahabatnya agar mereka terhindar dari penyakit yang boleh mematikan iman ini. Sabda baginda SAW yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya sifat sombong sekalipun hanya seberat debu.” Seorang sahabat bertanya: Sesungguhnya ada orang yang suka pakaian dan kasutnya cantik. Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT itu indah dan suka kepada keindahan. Sombong itu adalah menolak yang haq dan menghina orang lain.” Hadis riwayat Muslim.

Dua isyarat yang tegas telah dijelaskan dalam hadis ini. Pertama tunduklah kepada kebenaran dan syariat yang diatur oleh Yang Maha Pentadbir Alam Semesta. Yang kedua ialah jangan melakukan sesuatu dengan tujuan menghina orang lain atau merendah-rendahkan mereka, atau yang paling halus lagi hilang hormat dan adab di hadapan mereka.

Semakin tinggi kedudukan seharusnya kita bertambah tawaduk ketika membawa diri. Berikut adalah kisah yang cukup mengharukan yang telah mengajar setiap manusia yang hebat agar mereka tidak bermegah dengan kehebatannya. Di dalam kitab Raudhah al-Muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin (Taman Orang Yang Bercinta dan Penghiburan Orang Yang Rindu) karya al-Imam Ibnu al-Qayyim diriwayatkan, pada suatu pagi selepas solat Subuh, Saidina Umar bin al-Khattab RA mencari-cari sahabatnya Amirul Mukminin Saidina Abu Bakar al-Siddiq RA. Beliau hairan kenapa Abu Bakar setiap pagi pergi seorang diri ke suatu tempat di sudut kota Madinah. Apa yang dilakukannya? Pagi itu Umar RA mengikut di belakang Khalifah. Abu Bakar terus berjalan dan masuk ke dalam sebuah khemah. Tidak lama kemudian beliaupun keluar dan Umarpun masuk. Umar RA bertanya kepada penghuni khemah iaitu seorang wanita tua yang buta. “Wahai hamba Allah siapakah kamu? Orang tua itu menjawab: “Saya adalah seorang yang buta, suamiku telah meninggal dunia dan bersamaku anak-anak yang masih kecil.” Lalu Umar bertanya lagi: “Siapa orang yang datang tadi?” Dia menjawab: “Saya tidak tahu, dia datang setiap hari menyapu rumah kami, menyediakan makanan dan memerahkan susu untuk kami.” Umar RA pun menangis kemudian berkata: “Wahai Abu Bakar RA, kamu telah menyusahkan para khalifah yang sesudahmu nanti.”

Begitulah seharusnya seorang manusia yang merendahkan dirinya kerana kita bukan siapa-siapa dan bukan apa-apa kalau Allah SWT tidak berfirman ‘kun’ maka jadilah kita seperti sekarang. Memang patut apabila Allah SWT membenci mereka yang sombong kerana mereka telah mencabar satu sifat dari sifat-sifat-Nya iaitu sifat ‘al-Mutakabbir’, dan mereka telah memakai pakaian keagungan Allah yang bernama Kemegahan dan Kegagahan. Kebencian Allah SWT kepada si penyombong ini terakam di dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang-orang yang zalim dan sombong akan dihimpun pada hari kiamat dalam rupa semut. Manusia menginjak-injak mereka kerana kehinaan diri mereka di hadapan Allah Azza Wa Jalla.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Adakah wujud manusia yang terlepas dari sifat sombong ini? Jawapannya adalah mustahil. Kita bukan malaikat yang tidak berdosa. Akuilah diri kita ada sifat itu dan buatlah ubat penawar bagi melemahkan ‘kuasa’ kesombongan itu. Antara yang boleh dilakukan ialah;

1. Sombong dari sudut yang zahir seperti kerana paras rupa, nasab keturunan, ilmu, harta, pangkat dan jawatan.

Kesombongan ini boleh diubati dengan cara mengingati tentang kemusnahan segala yang dimiliki suatu masa nanti. Hanya kuasa Allah SWT yang melebihi kehebatan manusia. Bukankah dengan mudah Allah SWT boleh menghancurkan diri kita? Pada setiap kali sujud saat kita mencium tanah, ingatlah betapa rendah dan hinanya diri kita. Dahulu kita adalah ‘sesuatu’ yang belum layak dikatakan makhluk kerana setitis mani yang tumpah itu amat memerlukan pertolongan Tuhannya untuk hidup. Kini ia telah menjadi seorang manusia sombong yang lupa kepada asal usul kejadiannya daripada titisan yang hina.

2. Sombong dari segi amal ibadah seperti suka menunjuk-nunjuk kehebatan amalannya dan merendahkan amal orang lain.

Tahukah anda bahawa syurga bukan ditebus dengan amalan sahaja? Menurut sabda baginda SAW yang bermaksud: “Seseorang dari kalian tidak akan masuk syurga kerana amalnya, dia akan memasukinya kerana rahmat Allah.” Para sahabat bertanya: Dan termasuk Engkau juga wahai Rasulullah? Baginda bersabda: ”Ya, termasuk aku kecuali Allah telah menyelimutiku dengan rahmat-Nya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sesungguhnya rahmat Allah itu akan turun jika kita saling mengasihi. Bagaimana mungkin orang yang sombong memiliki sifat rahmat kepada manusia? Dan apakah ada kemungkinan pintu syurga terbuka luas kepada mereka yang pernah menginjak-injak kehormatan orang lain? Jika kebanyakan manusia membencinya, apakah Allah akan mencintainya?

Mengingati Mati itu harus

Mengingati Mati Lembutkan Hati


Ketika Amirul Mukminin Khalifah Umar bin al-Khattab RA mengalami sakratul maut, beliau meminta kepada anaknya supaya meletakkan pipinya di atas tanah. Umar RA menangis sambil berkata: ”Semoga Allah mengampuniku, Wahai Tuhan Pemilik Kerajaan yang tidak akan hilang, kasihanilah orang yang kerajaannya telah hilang.”

Mati yang diimpikan oleh orang beriman adalah mati yang membawa kepada kehidupan yang baru. Hidup dalam pelukan rahmat Tuhannya. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: ”Janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup, di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.” Surah Ali ‘Imran: Ayat 169.

Terbunuh di jalan Allah bermakna mati syahid ketika berperang fi sabilillah. Bagaimanakah pula halnya dengan hamba-hamba Allah yang mati di atas katilnya? Yang menderita sakit atau orang yang mati tanpa sempat mengucapkan kata-kata perpisahan kepada keluarganya? Adakah mereka mendapat nikmat hidup di sisi Allah SWT sama seperti orang yang mati syahid?

Sebenarnya mereka juga akan mendapat kenikmatan yang tak kurang hebatnya berbanding saudara-saudara mereka yang syahid itu. Ini dinyatakan menerusi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Jika salah seorang di antara kalian mati, maka ditampakkan kepadanya tempat tinggalnya setiap pagi dan petang. Jika ia ahli syurga maka ia termasuk penghuni syurga dan jika ia ahli neraka maka ia termasuk penghuni neraka. Lalu dikatakan: ”Inilah tempat tinggalmu hingga Allah membangkitkanmu pada hari kiamat.” Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Ibnu Umar berkata: ”Perumpamaan orang mukmin saat roh dikeluarkan dari jasadnya adalah seperti orang yang keluar dari dalam penjara ke alam yang bebas. Ketika dia meninggal dunia ditampakkan kepadanya kurniaan Allah dan kemuliaan-Nya yang tak pernah dilihatnya di dunia. Tentu dia tidak mahu kembali lagi ke dunia sepertimana dia tidak mahu kembali ke dalam perut ibunya.”


Mengaku diri tidak takut mati adalah pembohongan yang nyata. Siapa yang tak gerun berhadapan dengan pertuduhan yang mempunyai bukti dan saksi yang kukuh. Tiada tipu helah yang dapat dilakukan, walaupun ketika hidup dia terkenal sebagai seorang yang petah bercakap, pandai berbelit lidah, memutar balik fakta dengan pembohongannya tetapi di alam barzakh nanti, wajah mayatnya yang pucat itu jelas menunjukkan tiada berguna lagi lidah yang fasih berhujah.

Tangannya yang menunjukkan kuasa ketika di dunia telah terikat oleh kafannya sendiri. Kaki yang kukuh menginjak kepala orang-orang miskin itu kini jadi umpan kala dan ular berbisa. Wajah yang dulu berseri hingga ramai manusia yang suka memandang dan memuji telah rosak binasa oleh semut-semut tanah yang menyakitkan apabila mereka mula menggigit, mengunyah perlahan-lahan daging di tulang pipinya, berpindah ke mulut yang busuk lantaran suka mengumpat, naik ke tulang hidung yang sombong, kedua biji mata yang gatal dan bernafsu itu kini binasa oleh tikus tanah yang kelaparan. Tulang-tulang rusuk dihimpit bumi yang marah oleh kezaliman yang dilakukannya dahulu. Jika semua manusia boleh mendengar jeritan orang yang disiksa di dalam kuburnya nescaya tiada lagi kehidupan di muka bumi ini.

Masihkah ada rasa takut yang lebih dahsyat daripada ketakutan melalui malam pertama di dalam kubur? Bagaimana dengan rasa sedih yang menghantui mayat yang terbuang sendirian? Di manakah isterinya, anak-anak dan saudara mara yang mengasihi? Mereka tentu sibuk membahagi harta yang ditinggalkan. Bagaimana perasaaan lelaki yang mengetahui isterinya melupakan cinta mereka berdua? Kisah cinta yang terkubur bersama jasad yang tiada layak untuk dicintai lagi. Bukankah ramai lelaki lain yang boleh menjadi calon penggantinya nanti? Adakah kesedihan yang lebih dahsyat daripada menyaksikan semua orang yang menangis itu meninggalkannya sendirian tanpa teman dan pertolongan?

Perasaan sedih dan takut boleh menggoncangkan hati siapa sahaja di dunia ini, tetapi kita boleh mengubat kesedihan dan mengawal ketakutan itu jika kita masih hidup. Bagaimana jika kita sudah mati? Siapa yang akan menolong kita dari siksaan perasaan sebegitu?

Hanya amal saleh yang mampu menjadi teman di kala takut dan sedih. Mata yang membaca al-Quran, lidah yang berzikir, tangan yang bekerja kerana Allah SWT dan kaki yang tegak kerana iman. Semuanya menjadi cahaya di kegelapan kubur. Di dalamnya ada pemandangan syurga ataupun neraka. Hingga ke hari kebangkitan yang dijanjikan.